marine perils | peril marin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang dilindungi di bawah polisi insurans marin. Peril yang termaktub dalam polisi marin telah ditakrifkan mengikut keputusan admiralti. |
marine insurance | insurans marin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik. |
marine ecotourism | ekopelancongan marin | Perikanan | Tiada | Aktiviti rekreasi dan pelancongan yang mementingkan ekosistem laut, melibatkan flora dan fauna. Ekopelancongan marin memberikan kesan positif kepada flora dan fauna serta persekitaran semula jadi kerana aspek pemuliharaan yang diberi keutamaan. Selain itu, prinsip pembangunan mapan dan program kesedaran serta sikap cinta terhadap alam sekitar turut ditekankan. Antara aktiviti ekopelancongan marin termasuklah aktiviti menaiki bot, meluncur air, menyelam di dasar laut dan memancing. |
river marine | marin sungai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahagian insurans marin lautan yang melindungi kapal yang menggunakan laluan perairan pedalaman. |
loss of market | hilang pasaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ketidakupayaan untuk menjual sesuatu barangan kepada pembeli. Keadaan ini dianggap risiko perniagaan dan biasanya tidak dilindungi dalam kontrak insurans marin lautan dan marin dalaman kecuali dalam hal seperti daging rosak yang mengakibatkan kehilangan pasaran. Jika kerosakan tersebut disebabkan kejadian tertentu seperti ribut di laut atau terkeluar landasan bagi kereta api, perlindungan boleh dibeli dengan premium tambahan. |
with average (marine) | dengan averaj (marin) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans marin yang membayar ganti rugi untuk kerugian menyeluruh dan separa akibat peril yang tercatat dalam polisi. |
marine weather observation | pencerapan cuaca marin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sama dengan pencerapan marin. |
pure indemnity (marine) | indemniti tulen (marin) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Indemniti yang diperuntukkan oleh Akta Insurans Marin 1906 untuk polisi yang tidak diberi nilai. Contoh: dalam hal kerugian penuh kapal, indemniti tulen adalah nilai pasaran sebenar kapal. |
deviation (marine) | lencongan (marin) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Haluan atau pelabuhan yang berlainan daripada yang ditetapkan dalam polisi insurans marin. |
marine engine oil | minyak enjin marin | Kejuruteraan | Tiada | Minyak petroleum yang digunakan sebagai minyak kotak engkol dalam enjin marin. |