Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (markét) bp pasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata market


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
market forcesdaya pasaranEkonomiTiadaFaktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barangan yang seterusnya mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. Umumnya, apabila permintaan pasaran lebih besar daripada penawaran pasaran maka harga akan cenderung naik dan kuantiti akan cenderung bertambah. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran.
market economyekonomi pasaranEkonomiTiadaEkonomi yang bergantung pada kuasa pasaran untuk menyelesaikan masalah utama ekonomi, iaitu apa yang perlu dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan, dan untuk siapa dikeluarkan. Kuasa pasaran (permintaan dan penawaran) akan menentukan harga, yang penting sebagai petunjuk tentang jenis barang yang patut dikeluarkan dan yang dibeli, dan juga kaedah penggunaan sumber dan agihan pulangan sumber tersebut. Prasyarat kepada sistem ekonomi ini ialah sumber-sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu, dan pengeluaran dijalankan secara bebas tanpa campur tangan pihak tertentu seperti kerajaan.
market absorbtion ratekadar serapan pasaranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKadar unit rumah yang siap dibina diserapkan ke dalam pasaran. Ia merupakan penunjuk kasar yang boleh digunakan untuk menggambarkan permintaan berkesan.
market area analysisanalisis kawasan pasaranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan peletakan industri yang menekankan permintaan atau faktor-faktor pasaran.
market rangejulat pasaranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaJarak yang sanggup ditempuhi oleh penduduk bagi mendapatkan perkhidmatan sesuatu pusat.
marketpasarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
market analysisanalisis pasaranPenilaian Harta TanahTiadaTiada
market datadata pasaranPenilaian Harta TanahTiadaTiada
market demandpermintaan pasaranPenilaian Harta TanahTiadaTiada
market fluctuationturun-naik pasaranPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas