Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu per­mainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu seng­gang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hari atau bahagian hari yg tidak ditentukan bila (boleh jadi telah lalu, sekarang ataupun akan datang); ketika; waktu: ~ dan tempat mesyuarat itu diadakan, tidak disebut. 2 jangka waktu tertentu yg ada awal dan ada akhirnya: ~ kerja; ~ sekolah. 3 waktu yg agak lama tempohnya dan ada sesuatu peristiwa penting berlaku; zaman: Pd ~ Jepun dahulu, saya masih kecil. ~ capaian ist masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses. ~ nyata a. masa sebenar berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. b. bkn sistem pemprosesan komputer dlm talian yg menerima dan memproses data secepat mungkin utk menghasilkan aktiviti atau proses berterusan. ~ rosak ist selang atau tempoh masa apabila sesuatu peranti tidak dpt beroperasi disebabkan berlaku kerosakan pd peranti tsb. pemasa alat utk mengukur dan mengawal masa operasi atau masa berjalannya sesuatu mesin, peralatan dsb. semasa 1 pd ketika; pd waktu: Dia datang tadi ~ saya tidak ada di rumah. 2 sedang berlaku atau bkn masa kini (sekarang): hal ehwal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Masa lagi rebunglah hendak dilentur,
     jangan dinantikan sampai menjadi aur.

Bermaksud :

Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
real timemasa sebenarKesusasteraanTiadaKeselarian masa yang wujud antara jangka masa yang diambil untuk memerikan sesuatu peristiwa dengan jangka masa sebenar peristiwa itu berlaku. Masa sebenar berkontras dengan masa yang dirasai, iaitu pengalaman peredaran masa yang dibina bagi pihak pembaca menerusi konvensi pengisahan. Masa sebenar pernah digunakan sebagai salah satu teknik realisme dalam karya sastera.
reaction timemasa reaksiSains SukanBiomekanikMasa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Masa reaksi melibatkan integrasi pada bahagian tinggi pusat sistem saraf, iaitu melibatkan persepsi. Masa reaksi dilihat dari tempoh mula penerimaan rangsangan sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Dalam sukan, kepantasan dan masa reaksi ialah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan fizikal dalam kebanyakan kemahiran sukan.
constant squintjuling tetapSains KesihatanTiadaJuling yang berlaku pada satu masa sepanjang masa.
asthmaasmaKejururawatanTiadaKeadaan pulmonari tersekat yang dicirikan dengan serangan sesak nafas yang berulang dari masa ke masa, dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus dan penghasilan sekresi yang banyak.
transient thermal analysisanalisis terma fanaNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk mengukur perubahan suhu dan kuantiti haba bahan yang berbeza dari masa ke masa.
drop timemasa titisKimiaKimia AnalisisMasa di antara satu titis dengan titis yang lain. Masa ini bergantung kepada saiz salur rerambut dan tekanan yang dikenakan ke atas liang rerambut itu. bd. elektrod titisan raksa tergantung.
distributed practicepraktis teragihSains SukanBiomekanikKaedah pengagihan masa latihan yang jangka masa latihannya diselang-selikan dengan masa jeda rehat yang kerap. Contohnya, sesi latihan selama satu jam boleh mempunyai empat kali jeda rehat yang diaplikasikan pada setiap 15 minit.
actual flying timemasa terbang sebenarPelanconganTiadaMasa yang dikira bermula dari kapal terbang meninggalkan terminal sehingga tiba dan berhenti di terminal destinasi. Masa terbang sebenar tidak termasuk waktu persinggahan.
metermeterMuzikTiadaTanda masa untuk menetapkan jenis ritma dan sukatan masa setiap bar sesuatu karya muzik. Sinonim tanda masa.
dynamic analysisanalisis dinamikEkonomiTiadaKajian tentang perubahan ekonomi dan proses penyelarasannya yang berlaku secara berterusan, dan bukannya tentang penentuan titik keseimbangan. Dengan memasukkan unsur masa dalam analisis, sebahagian daripada nilai pemboleh ubah ekonomi pada masa tertentu bergantung pada nilai pemboleh ubah tersebut pada masa lepas. Proses ekonomi berlaku melalui satu laluan masa yang terdiri daripada tempoh-tempoh yang berturutan, dan ini digambarkan dengan lat masa. Satu model ekonomi dikatakan dinamik jika sekurang-kurangnya satu daripada pemboleh ubah dalam model tersebut mempunyai nilai tertentu pada pelbagai titik masa, atau sekurang-kurangnya satu daripada persamaan model tersebut berfungsi terhadap masa. Sinonim ekonomi dinamik.
12345678910...

Kembali ke atas