varying annuity | anuiti berubah | insurans | Tiada | Bayaran atau pendapatan berkala yang kadarnya berubah dari masa ke semasa. |
dirty float | apungan kotor | Ekonomi | Tiada | Pentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus. |
friction force microscope | mikroskop daya geseran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengukur daya sisi yang bertindak di antara tip nanoskopik tajam dengan permukaan sampel ke arah kantilever berpintal semasa mengimbas tip. Daya geseran berlaku di antara kantilever dan sampel kepada kilasan yang pada masa yang sama dikesan sebagai imej geseran dan topografik. |
valve timing | pemasaan injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses melaraskan kedudukan aci sesondol merujuk kepada ke- dudukan aci engkol. Proses ini dijalankan supaya injap terbuka dan tertutup pada masa yang ditentukan dengan tepat semasa pengendalian keempat-empat lejang iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos. |
closed door policy | dasar pintu tertutup | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar sesebuah negara yang tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Dasar ini diamalkan bertujuan untuk menghalang sebarang kemasukan pengaruh luar ke dalam negara tersebut bagi melindungi kepentingan pihak yang berkuasa. Pada masa kini, ia lebih difahami sebagai dasar penutupan hubungan perdagangan dan kemasukan modal asing serta hubungan sosial antara negara tersebut dengan negara luar. Kemasukan modal asing dan juga nilai nilai sosial luar dilihat sebagai satu ancaman terhadap statua quopemerintah dan perkembangan politik dalaman. Negara yang mengamalkan dasar ini biasanya akan menjelaskan kepada masyarakat bahawa negara itu sudah kaya dan kuat serta tidak memerlukan hubungan luar. Contohnya, negara Albania semasa pemerintahan rejim komunis dan negara China semasa pemerintahan Mao Tze Tung. |