intermittent gas lift | angkat gas terputus-putus | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan. |
gothic romance | novel gotik | Kesusasteraan | Tiada | Novel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik. |
political recruitment | pengambilan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa. |
melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight. |
opera | opera | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque. |