Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : 1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : sesuatu yg mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yg tidak dpt diselesaikan bermasalah mempunyai masalah. permasalahan yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,

Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clinical psychologypsikologi klinikalPendidikanTiadaCabang psikologi yang lebih mengutamakan penggunaan teori dan kajian psikologi untuk mendiagnosis dan merawat masalah-masalah yang berkaitan emosi, mental atau tingkah laku bilazim.
eigen value problemmasalah nilai eigenFizikTiadaMasalah penyelesaian persamaan Schrodinger yang menghasilkan fungsi eigen pada tenaga atau nilai eigen yang tertentu. lih. masalah Sturm-Liouville
aphoniaafoniaPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang kehilangan suara disebabkan oleh masalah pada larinks atau masalah psikologi.
stressstressKejururawatanTiadaKeadaan tertekan dari segi mental, fizikal atau emosi yang dialami oleh seseorang akibat masalah kesihatan atau masalah hidup.
development economicsekonomi pembangunanEkonomiTiadaCabang ekonomi yang membincangkan masalah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan masalah agihan semula pendapatan dan kekayaan negara supaya pemilikannya lebih setara. Ekonomi pembangunan juga membincangkan cara mengatasi masalah pengangguran dan inflasi.
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
problem-based learningpembelajaran berasaskan masalahTeknologi Maklumate-PembelajaranKaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyelesaikan masalah dunia sebenar bagi membantu pelajar memahami konsep serta fakta yang berkaitan, berbanding dengan pengajaran berasaskan fakta.
problem solving therapyterapi penyelesaian masalahPerubatanPsikiatriRawatan yang diberikan kepada pesakit yang kurang mahir untuk menyelesaikan masalah kehidupan, terutama pesakit yang mengalami kemurungan, skizofrenia atau gangguan mental yang lain.
reading disordergangguan membacaPerubatanPsikiatriMasalah tidak dapat membaca yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak yang mengakibatkan masalah pembelajaran.
problem solving skill traininglatihan kemahiran penyelesaian masalahPerubatanPsikiatriLatihan yang diajarkan kepada individu untuk memahirkan diri bagi menyelesaikan masalah kehidupan.
12345678910...

Kembali ke atas