roundnet | gelung jaring | Sukan | Tiada | Permainan antara dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada dua (2) orang pemain yang bergilir-gilir memukul bola ke jaring kecil seperti trampolin untuk mendapatkan mata. |
goalball | bola gol | Sukan | Tiada | Permainan yang melibatkan dua (2) pasukan, masing-masing tiga (3) orang pemain yang cacat penglihatan. Pemain perlu menjaringkan gol dengan membaling atau menggolekkan bola loceng ke gawang pihak lawan. |
torball | bola gol | Sukan | Tiada | Permainan yang melibatkan dua (2) pasukan, masing-masing tiga (3) orang pemain yang cacat penglihatan. Pemain perlu menjaringkan gol dengan membaling atau menggolekakkan bola melintasi tali berloceng ke gawang pihak lawan. |
lacrosse | bola sauk | Sukan | Tiada | Permainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan. |
virtual run | larian maya | Sukan | Tiada | Acara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan. |
dream team | pasukan impian | Umum | Tiada | Gabungan individu yang dianggap terbaik dan cemerlang dalam bidang masing-masing untuk sesuatu pertandingan atau aktiviti tertentu. |
biprism | dwiprisma | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu optik yang terdiri daripada dua prisma berkuasa kecil dengan masing-masing dasar bertemu untuk menghasilkan dua imej daripada satu sumber objek. |
commonwealth | Komanwel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria. |
practice pattern | corak amalan | Sains Kesihatan | Tiada | Perubahan dalam mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan mazhab pengajaran masing-masing. |
equilibrium | keseimbangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan aman, seimbang dan normal dalam sesebuah masyarakat tanpa sebarang konflik. Keadaan ini digambarkan dalam pendekatan fungsionalisme yang melihat semua bahagian dalam masyarakat itu menjalankan fungsi masing-masing tanpa wujudnya konflik. Dalam konteks teori permainan, satu pihak itu tidak akan menukar strateginya atau melakukan sesuatu tindakan yang berbahaya dan begitu juga dengan musuhnya kerana keadaan keseimbangan yang sedang wujud itu tidak mengancam kedudukan politik mereka. Pengekalan strategi masing-masing akan mengekalkan keadaan seimbang yang tidak merugikan mana-mana pihak. |