Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.jid] | مسجد

Definisi : Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.jid] | مسجد

Definisi : rumah ibadat orang-orang Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masjid (kata nama)
Bersinonim dengan surau, langgar.,

Puisi
 

Pergi kerja berulang-alik,
     Singgah di masjid lalu sembahyang;
Yang bulat datang menggolek,
     Yang pipih datang melayang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
community facilitieskemudahan komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemudahan yang disediakan untuk orang ramai. Contohnya seperti sekolah, perpustakaan, masjid, hospital, balai polis, dan sebagainya.
limited monarchymonarki terhadSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas.

Kembali ke atas