mass opinion | pendapat massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut. |
mass screening | penyaringan massa | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur yang dirancang secara berkala yang dikenakan terhadap kelompok besar individu bagi mengesan penyakit agar rawatan dapat dimulakan atau menghindari penyebaran, sebagai sebahagian daripada kempen kesihatan awam. |
mass testing | pengujian massa | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur yang diadakan untuk melakukan ujian terhadap kelompok besar individu yang dijangkiti penyakit berjangkit. |
massed practice | praktis massa | Sains Sukan | Biomekanik | Tempoh latihan yang dijalankan secara berterusan, dengan jeda rehat yang tidak kerap. Contohnya, dalam satu sesi latihan selama dua jam, jeda rehatnya ialah sekali sahaja antara jam pertama dengan jam kedua. |
mass movement | pergerakan massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perhimpunan secara besar-besaran yang dipengaruhi oleh sesuatu isu, kepimpinan atau kejadian. Orang ramai yang dimobilisasikan secara bersama ini akhirnya akan mendesak kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka serta mengharapkan keputusan yang segera. Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi oleh pemerintah, ia boleh menjadi serius dan membawa kepada ketidakstabilan politik. Pergerakan Reformasi di Indonesia pada tahun l998 dapat dianggap sebagai pergerakan ramai yang menuntut peletakan jawatan Presiden Soeharto. Sinonim pergerakan ramai. |
BookTube | BookTube | Komunikasi Massa | Tiada | Saluran media secara dalam talian khusus dalam YouTube yang membincangkan sebarang perkara berkenaan buku. BookTube mempunyai komunitinya tersendiri, yang dikenali sebagai penggiat BookTube. |
BookTube | BookTube | Komunikasi Massa | Tiada | Saluran media secara dalam talian khusus dalam YouTube yang membincangkan sebarang perkara berkenaan buku. BookTube mempunyai komunitinya tersendiri, yang dikenali sebagai penggiat BookTube. |
magnifier | pembesar | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
emissivity | pancaran | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
analytical | analisis | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |