Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : ; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus annuus; kayu ~ sj tum­buhan (pokok), Otophora imbricata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : ; burung ~ sj burung, Pericrocotus solaris montanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : bintang besar yg menjadi pusat peredaran planet dlm cakera suria dan drnya planet-planet lain (spt bumi) mendapat cahaya dan haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sunglowteja mentariGeografiTiadaCahaya merah jambu yang sering dilihat di langit sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam.
sun visorpelindung matahariKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian yang dipasang di bahagian hadapan bumbung untuk melindungi pemandu daripada sasaran matahari.
high tideair pasangSains MarinTiadaKeadaan air laut ketika berada pada tahap aras air tertinggi yang disebabkan oleh pengaruh daya graviti bulan dan matahari. Air pasang terbahagi kepada dua jenis, iaitu air pasang biasa dan air pasang tinggi. Air pasang biasa terjadi apabila kedudukan bulan atau matahari berada sejajar kedudukannya dengan bumi, manakala air pasang tinggi berlaku apabila kedudukan bumi adalah sejajar dengan bulan dan matahari. Banding air surut.
artificial photosynthesisfotosintesis buatanFizikNanoteknologiProses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod.
cognitive meaningmakna kognitifKesusasteraanTiadaTafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat �matahari terbit dari timur�. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat �matahari ini sungguh menyeksakan� ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif.
crepuscular raysinaran krepuskularGeologiTiadaSinaran cahaya matahari ke arah timur yang menembusi awan-awan tebal biasanya jenis stratokumulus.
get burnberjemurPelanconganTiadaAktiviti berpanas di bawah cahaya matahari, seperti di tepi pantai untuk menjadikan kulit berwarna perang.
pelagicpelagikSains MarinTiadaBerkaitan dengan turus air di lautan yang bermula dari permukaan hingga hampir ke dasar lautan. Kawasan pelagik dapat dibahagikan kepada zon tertentu bergantung pada kedalaman. Contoh kawasan pelagik yang menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon fotik sementara kawasan di bawahnya yang langsung tidak menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon afotik.
natural dryingpengeringan semula jadiHerbaTiadaKaedah pengeringan dengan mendedahkan bahan herba pada sinaran matahari sama ada secara langsung atau di bawah teduhan. Bahan herba yang besar atau tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas dan sinaran ultralembayung. Contohnya, pengeringan daun misai kucing.
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
1234

Kembali ke atas