sun visor | pelindung matahari | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang dipasang di bahagian hadapan bumbung untuk melindungi pemandu daripada sasaran matahari. |
sunglow | teja mentari | Geografi | Tiada | Cahaya merah jambu yang sering dilihat di langit sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam. |
high tide | air pasang | Sains Marin | Tiada | Keadaan air laut ketika berada pada tahap aras air tertinggi yang disebabkan oleh pengaruh daya graviti bulan dan matahari. Air pasang terbahagi kepada dua jenis, iaitu air pasang biasa dan air pasang tinggi. Air pasang biasa terjadi apabila kedudukan bulan atau matahari berada sejajar kedudukannya dengan bumi, manakala air pasang tinggi berlaku apabila kedudukan bumi adalah sejajar dengan bulan dan matahari. Banding air surut. |
artificial photosynthesis | fotosintesis buatan | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod. |
cognitive meaning | makna kognitif | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat �matahari terbit dari timur�. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat �matahari ini sungguh menyeksakan� ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif. |
crepuscular ray | sinaran krepuskular | Geologi | Tiada | Sinaran cahaya matahari ke arah timur yang menembusi awan-awan tebal biasanya jenis stratokumulus. |
get burn | berjemur | Pelancongan | Tiada | Aktiviti berpanas di bawah cahaya matahari, seperti di tepi pantai untuk menjadikan kulit berwarna perang. |
pelagic | pelagik | Sains Marin | Tiada | Berkaitan dengan turus air di lautan yang bermula dari permukaan hingga hampir ke dasar lautan. Kawasan pelagik dapat dibahagikan kepada zon tertentu bergantung pada kedalaman. Contoh kawasan pelagik yang menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon fotik sementara kawasan di bawahnya yang langsung tidak menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon afotik. |
natural drying | pengeringan semula jadi | Herba | Tiada | Kaedah pengeringan dengan mendedahkan bahan herba pada sinaran matahari sama ada secara langsung atau di bawah teduhan. Bahan herba yang besar atau tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas dan sinaran ultralembayung. Contohnya, pengeringan daun misai kucing. |
aphotic zone | zon afotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini. |