primitive communism | komunisme primitif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk sistem ekonomi lampau sebelum zaman hamba abdi seperti yang terdapat dalam sejarah materialisme Karl Marx. Sistem ini melihat ekonomi masyarakat masih berada dalam bentuk tribal dan egalitarian dengan aktiviti ekonomi masih bersifat alamiah. Pada masa itu, tidak ada badan pemerintah dan juga badan khusus yang menguruskan pasaran tidak ada sistem pertukaran barang dan seluruh anggota masyarakat bekerjasama mencari keperluan asasi tanpa kepentingan persendirian. Menurut Marx, masyarakat dilihat berubah daripada tahap ini kepada bersifat perhambaan dan menuju kepada sifat feudalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Sinonim komunisme kuno. |
socialist revolution | revolusi sosialis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Salah satu bentuk revolusi dalam sejarah revolusi. Revolusi ini merupakan sebahagian daripada sejarah materialisme menurut idea Marx. Revolusi sosialis merupakan salah satu tahap yang akan dilalui oleh masyarakat sebelum mencapai tingkat revolusi komunis. Marx memberi gambaran bahawa masyarakat berubah daripada tahap primitif melalui beberapa tahap kepada tahap komunis. Menurut Marx, revolusi akan berlaku apabila tingkat eksploitasi oleh golongan kapitalis terhadap golongan pekerja mencapai tahap yang serius, lalu membawa kepada penentangan golongan buruh terhadap golongan kapitalis. Namun begitu, ramalan Marx ini tidak menjadi realiti. |
antithesis | antitesis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan berlawanan secara langsung dengan sesuatu pernyataan atau sesuatu tesis. Konsep ini merupakan sebahagian daripada proses dialektik materialisme Marx yang menyatakan bahawa asas material sesuatu perkara itu berkembang berdasarkan suatu proses dialektik. Dalam proses ini, keadaan itu berkembang hasil daripada konflik antara satu tesis dengan antitesis. Konflik ini akan berakhir dengan suatu rumusan yang dipanggil sintesis. Sebagai contoh, keadaan kapitalisme melahirkan dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas buruh. Keadaan ini telah melahirkan penentangan buruh terhadap pemodal yang kemudiannya melancarkan revolusi proletar. Penentangan ini merupakan antitesis kepada keadaan kapitalisme tersebut. Konflik ini juga akan melahirkan suatu keadaan sintesis atau dalam ramalan Marx satu masyarakat tanpa kelas. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |
Marxism-Leninism | faham Marx-Lenin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme. |
transcendantalism | transendentalisme | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segala benda, dan deria fizikal harus diatasi menerusi kebenaran intuisi seseorang. Penulis utama golongan transendentalis ialah Ralph Waldo Emerson yang menulis esei bertajuk Nature. Beliau mengetengahkan fenomena semula jadi sebagai simbol kebenaran kerohanian yang lebih tinggi. Selain itu, esei Henry David Thoreau yang bertajuk The Transcendentalist (1842) merupakan esei yang bersifat autobiografi, menentang materialisme moden. Pada dasarnya, transendentalisme merupakan pergerakan agama pemikiran, kursusnya yang berkait dengan epistemologi dan amalan kehidupan seni dan budaya. Kaedah mentafsir alam secara simbolik bagi golongan transendentalis mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan semasa Amerika, terutamanya dalam karya pengarang seperti Nathaniel Hawthorne, Herman Melville, dan Walt Whitman. Transendentalisme dalam bahasa Latin bermaksud �memanjat� atau �melintasi�. |