ideal educational endowment | endowmen pendidikan unggul | insurans | Tiada | Polisi ini direka bentuk untuk menyediakan wang bagi pelajaran anak-anak sekiranya pencari nafkah dalam keluarga tersebut mati. |
genetic drift | hanyutan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kehilangan alel daripada sesuatu populasi secara kebetulan dari semasa ke semasa. Hanyutan genetik boleh berlaku tanpa mengira keputusan pemilihan untuk pembiakan. Haiwan yang dipilih tidak semua dapat melahirkan anak atau mungkin mati atau sesetengahnya tidak pernah dikawankan. Contoh, pemilik anjing dan kuda unggul tidak berminat untuk membiakkan haiwan mereka. |
chain verse | rangkap berkait | Kesusasteraan | Puisi | Hubungan antara satu sama lain dalam bentuk rangkap yang bertujuan untuk meluaskan sesuatu isu atau tema yang terdapat dalam pemikiran penyair. Contohnya, pantun di bawah. Burung serindit terbang sekawan, Mati tersambar seekor merpati; Sakit sungguh hamba tuan, Laksana kambing menggulai hati. Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya. |
persiflage | kata senda | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |