Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Kalau begini rasa padiku,
     Mati pandan kerana bunga;
Kalau begini rasa hatiku,
     Mati badan kerana nasibnya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Hancur badan dikandung tanah,
     budi baik terkenang juga.

Bermaksud :

Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phagocytosisfagositosisPerikananAkuakulturPengepungan dan penghadaman patogen serta serpihan sel, iaitu sel-sel badan atau sel patogen yang telah mati.
mandatory powerkuasa mandatoriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang wajib dilaksanakan setelah diputuskan oleh satu badan berautoriti. Kuasa ini muktamad, tidak boleh dipinda atau dirayu dan tidak memberi sebarang pilihan kepada keputusan yang dibuat. Proses menjalankan kuasa ini akan dilakukan oleh sebuah badan seperti polis, tentera dan jabatan penjara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah merupakan hukuman mandatori.
epizootic ulcer syndrome (EUS)sindrom ulser epizootik (EUS)PerikananAkuakulturSejenis penyakit ikan yang disebabkan oleh kulat, Aphanomyces invadans yang menjangkiti ikan air tawar dan air payau. Penyakit ini bermula dengan bintik merah pada badan ikan dan berkembang menjadi ulser serta pendarahan di lokasi jangkitan. Pada peringkat akhir jangkitan, tisu mati dapat dilihat.
detritusdetritusSains MarinTiadaBahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus.
cross rhymerima silangKesusasteraanTiadaRima yang terdapat di bahagian tengah sesuatu puisi panjang dan mempunyai persamaan dengan baris ayat puisi yang berikutnya. Contohnya adalah seperti yang berikut: Will ye bridle the deep sea with reins, Will ye chasten the high sea with rods? Will ye take her to chain her with chains, who is order than all ye Gods? Dalam kontes kesusasteraan Melayu, maksud rima silang ditemui dalam genre pantun empat kerat. Dalam pantun, baris pertama mempunyai rima hujung dengan baris ketiga, sementara hujung baris kedua akan berima dengan hujung baris keempat. Rima silang juga terdapat di tengah baris pantun, iaitu antara baris pertama dengan baris ketiga, dan baris kedua dengan baris keempat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang jua.

Kembali ke atas