Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.triar.ki] | ماتريارکي

Definisi : sistem masyarakat yg kaum wanita­nya menjadi ketua keluarga, memegang se­bahagian besar kuasa dan memiliki harta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matriarki


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
matriarchymatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu.
matriarchymatriarkiSosiologi KeluargaTiada-
matriarchysistem kuasa ibuSains PolitikPolitik PerbandinganLihat matriarki.

Kembali ke atas