matriks | matriks | Kimia | Kimia Analisis | Komponen lain yang terdapat bersama-sama dengan komponen yang dianalisis (analit) di dalam suatu sampel. |
origin-destination matrix (OD) | matriks asal destinasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Matriks yang mengandungi trip kenderaan atau trip orang, antara zon-zon asal dengan destinasi. |
matrix | matriks | Kesusasteraan | Puisi | Acuan yang menjadi dasar terutamanya pada tema dan persoalan untuk mencipta puisi-puisi yang lebih kemudian. Contohnya, puisi "Lahirlah Engkau" untuk anaknya Iskandar karya Usman Awang, kemudian puisi "Sayang Akmar" oleh Kemala (Ahmad Kamal Abdullah), puisi "Iza Hairani" karya Dharmawijaya dan diikuti penyair-penyair yang lain . |
guide matrix | matriks pandu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat elektronik yang mengawal secara automatik lampu hadapan, dengan menukar alur tinggi atau alur rendah. |
matrix effect | kesan matriks | Kimia | Kimia Analisis | Kesan yang menimbulkan ralat sistematik dalam analisis kuantitatif. Ralat ini disebabkan oleh perbezaan komponen di dalam sampel dan piawai. |
goal achievement matrix | matriks pencapaian matlamat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu teknik analisis yang digunakan untuk menilai beberapa rancangan alternatif dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. |
cell wall lignification | peligninan dinding sel | Buluh | Tiada | Pemendapan lignin pada matriks polisakarida luar sel, yang berfungsi untuk menguatkan struktur dinding sel tumbuhan. |
biocomposite | biokomposit | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Komposit yang dihasilkan daripada resin dan diperkuat oleh gentian matriks semula jadi. Biokomposit dikenali juga sebagai ekokomposit atau komposit hijau. Contohnya, gentian karbon, komposit kayu plastik dan komposit diperkuat gentian asli. |
distance-based phylogenetic method | kaedah filogenetik berasaskan jarak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik berasaskan jarak berpasangan bagi menghasilkan jarak matriks. Jarak ini digunakan untuk pentaabiran pepohon genetik. Contoh kaedah ini ialah penyambungan bersebelahan. Lihat juga penyambungan bersebelahan. |
hierarchical clustering | pengelompokan tatatingkat | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses menyusun jujukan molekul untuk menghasilkan satu perwakilan dalam bentuk tatatingkat berdasarkan persamaan jarak matriks antara jujukan molekul hasil daripada penjajaran berpasangan. Pengelompokan ini akan membentuk pepohon filogenetik. Lihat juga kaedah filogenetik berasaskan jarak, jarak gen. |