Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matter


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back matterbahan akhiran-TiadaBahan selepas teks utama seperti senarai istilah, glosari, lampiran, bibliografi, dan indeks. Sinonim end matter. Banding front matter.
end matterbahan akhiran-TiadaLihat back matter.
front matterbahan awalan-TiadaBahan sebelum teks utama seperti judul separa, judul penuh, senarai kandungan dan prakata. Sinonim prelim. Banding back matter.
foreign matterbendasingHerbaTiadaSebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba.
subject matter expert (SME)pakar bidang subjek (SME)Teknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang berautoriti dalam sesuatu domain atau topik subjek. Dalam konteks e-pembelajaran, mereka ialah pakar rujuk kepada kandungan kursus.
body matterbahagian teks-TiadaKandungan utama bahan penerbitan yang terdiri daripada bahagian, bab, judul dan subjudul yang terletak di antara bahagian awalan dan bahagian akhiran.
emphasis of matter (EoM)penegasan perkaraAuditTiadaJenis pendapat audit bagi perkara signifikan yang dinyatakan dalam satu perenggan penyata kewangan untuk perhatian pihak pengurusan.
particulate organic matter (POM)bahan organik zarahan (POM)Sains MarinTiadaBahan organik yang terdiri daripada bahan organik pecahan kasar atau bahan makroorganik yang berukuran diameter di antara 0.1 - 1.0 mikrometer. Bahan ini terdiri daripada detritus, bakteria, fitoplankton, zooplankton dan sebagainya.
dissolved organic matter (DOM)bahan organik terlarut (DOM)Sains MarinTiadaBahan larut yang berasal daripada penguraian separa bahan organik seperti sisa tumbuhan dan haiwan, serta bahan larut yang dikumuhkan oleh organisma hidup seperti bakteria, alga, zooplankton dan pelbagai haiwan lain.
prelimprelim-TiadaLihat front matter.

Kembali ke atas