Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd ke­luarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mayat (kata nama)
Bersinonim dengan jenazah, jasad, mait, mumia, kunapa, bangkai.,

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zombiezombiPerfilemanTiada1. Mayat yang telah dihidupkan semula dengan sihir. 2. Individu yang kelihatan hanya sebahagiannya hidup, tanpa sebarang perasaan atau minat terhadap perkara yang sedang berlaku.
post-mortem burningpembakaran pascakematianKriminologiKeadilan JenayahTindakan membakar mayat mangsa jenayah selepas kematiannya.
autopsyautopsiKriminologiKeadilan JenayahPemeriksaan secara pembedahan ke atas sesuatu mayat yang dilakukan untuk menyiasat punca kematian. Sinonim bedah siasat.
dominant impressionkesan utamaKesusasteraanPuisiKesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Kembali ke atas