Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metacriticismmetakritikanKesusasteraanTiadaWacana kritikan yang meneliti prinsip, asas, dan kaedah kritikan sastera. Contohnya, penulisan teori yang mengetengahkan fungsi kritikan seperti dalam buku The Anatomy of Criticism hyang ditulis oleh Northrop Frye, manakala buku Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu oleh Mohd. Affandi Hassan pula mempersoalkan gagasan dalam buku Puitika Melayu oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh.
far fieldmedan jauhTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedan atau zon dengan keamatan bunyi yang merosot secara kadar songsang dengan jarak. Dalam medan ini, prob boleh mengesan dan menentukan saiz ketakselanjaran pada bahan. Medan ini dikenali juga dengan nama zon Fraunhofer. Lihat juga jarak medan dekat.
field emissionpancaran medanFizikNanoteknologiPenerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim.
electron beamalur elektronNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga.
quadrupolecaturkutubKimiaKimia Analisis1. Medan elektrik atau medan magnet yang tidak simetri disebabkan taburan elektron yang tidak seragam. 2. Alat yang terdiri daripada empat kutub untuk memesongkan pecahan molekul bercas dalam spektrometer jisim.
electromagnetic sensorsensor elektromagnetFizikNanoteknologiPenderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia.
motormotorKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang terdiri daripada gelung elektromagnet dan angker yang berputar dalam medan magnet atau gelung medan magnet.
near field distancejarak medan dekatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak yang hampir di hadapan prob yang menyebabkan keamatan gelombang ultrasonik berubah-ubah. Jarak medan dekat ini dikenali juga sebagai medan Fresnel atau zon Fresnel. Jarak ini boleh dikira dengan formula seperti yang berikut: N = D^2/4 λ, Dengan D ialah garis pusat prob dan λ ialah jarak gelombang. Lihat juga sudut serak alur.
magnetostrictive effectkesan magnetostriktifFizikNanoteknologiPerubahan dimensi suatu bahan apabila dikenakan medan magnet arus terus. Kesan ini digunakan untuk mengukur medan magnet sekecil 10-9 tesla dengan cara suatu palang tuas mikroelektromekanik (MEMS) disalut dengan bahan yang memberikan kesan magnetostriktif yang menyebabkan tuas tersebut melentur apabila dikenakan medan magnet dan seterusnya mengubah frekuensi resonans.
pedestrian mallmedan pejalan kakiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaMedan yang dikhaskan untuk pejalan kaki di kawasan membeli-belah yang hanya boleh dimasuki oleh kenderaan perkhidmatan seperti bomba, ambulans, dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas