media-crime connection | hubungan media-jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaporan jenayah oleh media termasuk berita, kewartawanan, media sosial dan media perdana yang mempengaruhi tanggapan masyarakat tentang jenayah. |
interactive media | media interaktif | - | Tiada | Sistem yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan pelbagai media yang dipaparkan. |
cosmetic advertisement | iklan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kaedah atau bahan komunikasi yang disampaikan melalui media massa, media sosial dan media cetak. Iklan kosmetik memberitahu dan memujuk pengguna agar membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan berkaitan kosmetik berasaskan herba. |
streaming media | media penstriman | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penghantaran kandungan audio atau video dalam bentuk termampat secara berterusan dan efisien menerusi Internet oleh aplikasi pelayan seperti Java dan dimainkan serta-merta dalam masa nyata dengan menggunakan aplikasi pemain media pengguna seperti Vimeo, AV Player dan YouTube. |
interactive media | media interaktif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Saluran atau perantara digital yang bertindak balas kepada input pengguna melalui arahan suara, skrin sentuh, pergerakan tetikus, kemasukan teks, dan sebagainya. |
print media | media cetak | - | Tiada | Alat komunikasi massa dalam bentuk bahan cetak, seperti buku, surat khabar dan majalah. |
media clip | klip media | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu segmen pendek media elektronik sama ada dalam bentuk video atau audio yang digunakan sebagai sebahagian daripada kandungan bahan pengajaran. |
refracted wave | gelombang terbias | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media. |
digital media designer | pereka bentuk media digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang menggunakan media bersepadu untuk menyampaikan mesej, maklumat dan hiburan bagi tujuan pendidikan khususnya, dengan mengamalkan kemahiran menghasilkan animasi (2-D atau 3-D), video, laman web dan grafik. Mereka diperlukan dalam pembangunan kandungan e-pembelajaran khususnya untuk memenuhi keperluan jati digital. |
moral enterpreneuer | penjaja moral | Kriminologi | Tiada | Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat. |