Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elekĀ­tron moden (spt radio, televisyen, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata media elektronik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advertisement chargesbayaran iklanKomunikasiTiadaBayaran yang dikenakan untuk menyiarkan iklan di media elektronik, media cetak atau sebarang bentuk media lain.
electronic mediamedia elektronikKomunikasiTiadaTiada
electronic mediamedia elektronikPentadbiranTiadaMedia yang berasaskan teknologi elektronik.
cybersexsiberseksTeknologi MaklumatTiadaKomunikasi melalui media elektronik seperti e-mel, bilik sembang atau kumpulan berita dengan tujuan perangsangan dan kepuasan seks.Lihat juga bilik sembang, kumpulan berita
broadcast mediamedia penyiaranKomunikasiKorporatSistem dan alat penyaluran maklumat daripada sumber kepada khalayak secara elektronik. Media penyiaran bertindak sebagai sistem apabila proses pengumpulan dan penyebaran maklumatnya menggunakan satu tatacara dan proses tertentu yang ditetapkan oleh sistem dalam sesebuah masyarakat. Media penyiaran bertindak sebagai alat pula apabila media ini digunakan untuk menyebarkan maklumat. Pengurusan maklumat melalui media elektronik tertakluk kepada persetujuan sistem yang diwujudkan . Dalam komunikasi korporat, media elektronik bertindak sebagai alat penyaluran maklumat organisasi kepada khalayak. Maklumat boleh dalam bentuk audio dan visual. Contohnya, radio dan televisyen. Media tersebut menyediakan ruang masa siaran iklan untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan. Berdasarkan teori difusi yang dikemukakan oleh Everret M. Rogers (1962), media penyiaran turut digunakan sebagai alat kempen untuk mewujudkan kesedaran dan minat khalayak terhadap mesej.
televisiontelevisyenKomunikasiTiadaAlat yang tergolong dalam kelompok media elektronik yang boleh memancarkan siaran dari jarak jauh.
traffic departmentjabatan kawalanKomunikasiKorporatBahagian dalam organisasi media elektronik yang berfungsi untuk menyelaraskan kerja-kerja pemasaran waktu iklan dan strategi penentuan tempoh waktu siaran. Kakitangan di bahagian ini bekerjasama dengan kakitangan di bahagian pemasaran dan perakaunan di organisasi berkenaan untuk memastikan wujudnya penyelarasan pengurusan pemasaran waktu siaran iklan. Selain itu, petugas di bahagian ini juga bertanggungjawab menyelaraskan nilai bayaran iklan dan menentukan tempahan waktu siaran iklan. Sekiranya berlaku masalah pertindihan tempahan waktu siaran, maka bahagian ini bertanggungjawab untuk menangani masalah tersebut.
advertorialiklan rencanaKomunikasiKorporatSalah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak.
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana bagi stesen radio bergerak kerana jumlah pendengar radio adalah tinggi dan selepas tempoh itu, jumlah khalayak mulai berkurangan sehingga pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Masa peralihan merupakan panduan kepada para pengiklan untuk membeli ruang siaran dan menentukan kos pembiayaan bagi sesuatu iklan.
franchise positionkedudukan tempahanKomunikasiKorporatHalaman dalam media cetak atau ruang masa siaran tertentu dalam media elektronik yang digunakan untuk penerbitan atau penyiaran sesuatu iklan melalui kaedah tempahan oleh pihak agensi pengiklanan dengan persetujuan pihak penerbit. Dalam media cetak, halaman tersebut digunakan untuk menerbitkan iklan secara berterusan pada halaman yang sama sehingga tempoh tempahan berakhir. Kaedah yang sama juga digunakan dalam media elektronik kerana iklan akan terus disiarkan pada masa yang sama sepanjang tempoh tempahan. Kedudukan ruang dan masa yang ditempatkan boleh diperbaharui atas persetujuan agensi pengiklanan dan penerbit. Pada kebiasaannya, tempoh kedudukan tempahan minimum bagi setiap penerbitan iklan di Malaysia adalah sebulan.
12345678

Kembali ke atas