mega | mega | Fizik | Tiada | Tiada |
mega | mega | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
mega-carrier | pengangkut mega | Pelancongan | Tiada | Kapal terbang bersaiz besar untuk membawa penumpang atau kargo. Contohnya, kapal terbang A380. |
mega-event | acara mega | Pelancongan | Tiada | Acara yang dikendalikan secara besar-besaran seperti perlumbaan kereta F1, Sukan Olimpik dan pertunjukan LIMA. |
mega-resort | peranginan mega | Pelancongan | Tiada | Tempat peranginan yang bersaiz besar dan mempunyai pelbagai kemudahan serta boleh menampung jumlah pengunjung yang ramai. |
repetend | baris ulang ragam | Kesusasteraan | Tiada | Unsur ulangan pada perkataan, rangkai kata atau ayat kecil yang berlaku dalam puisi. Contohnya sajak karya Kemala, "Kaktus-kaktus" (Kaktus-kaktus, 1976, hlm. 22): ada nama ada nama di mata pawana ada mata ada mata di dada suasana ada dada ada dada mega-mega ada nama ada mata ada dada. |
megamergers | penggabungan mega | Komunikasi | Korporat | Proses mencantumkan operasi dua atau lebih syarikat yang mempunyai kelompok perniagaan atau kepentingan perniagaan yang sama. Ciri utama percantuman itu adalah menstruktur semula pengurusan kewangan, sumber manusia, rangkaian operasi, dan logistik. Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan mewujudkan keberkesanan kos. Dalam komunikasi korporat, bidang yang terlibat dalam aktiviti ini ialah bidang perbankan dan telekomunikasi (penyiaran, media cetak, dan teknologi komunikasi maklumat). Dari segi pemasaran dan publisiti, pendekatan ini memudahkan dan menguntungkan syarikat kecil yang terlibat dalam penggabungan mega tersebut. Selain itu, pendekatan ini boleh mengurangkan risiko dan menjamin pengekalan operasi. |
megger | penguji mega | Teknik | Elektrik | Meter untuk mengukur rintangan yang tinggi sehingga ke 1000 megaohm. Meter ini mungkin dikendalikan secara penjana arus terus yang digerakkan dengan tangan atau dikendalikan dengan bateri. Sinonim meter megaohm. |
megapreneur | usahawan mega | Perniagaan | Tiada | Individu atau kumpulan yang mempunyai perniagaan yang telah berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa. |
disruptive megatrend | trend mega pengganggu | Ekonomi | Tiada | Proses dalam memanfaatkan gangguan terhadap corak global yang meluas dan berkaitan dengan tingkah laku, mobiliti dan persekitaran. Contohnya, seperti pendigitalan, kesihatan, pertumbuhan penduduk dan pembandaran. |