backgammon table | meja backgammon | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja berukuran 1144 mm persegi yang mempunyai laci di kedua-dua tepi meja untuk permainan backgammon. Meja ini diperkenalkan pada zaman pertengahan dan menjadi terkenal pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja dan gabungan bod backgammon yang dilekatkan di atas meja. Kebanyakan meja backgammon diperbuat daripada kayu ash atau mapel. Bahan seperti marmar, kulit atau batu digunakan bagi membentuk pelbagai corak pada meja ini. |
bachelors chest | meja bujang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja Inggeris pada kurun ke-18 yang mempunyai daun pintu di bahagian bawah, dan apabila dibuka akan menjadi permukaan atas meja. Selain pintu, meja bujang juga mempunyai laci untuk menyimpan barang. Bahagian atas meja pula sering kali dijadikan sebagai tempat meletakkan buku atau lampu tidur jika diletakkan bersebelahan dengan katil. Biasanya, meja bujang berwarna gelap dan bentuknya direka dengan berimejkan maskulin, walaupun tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa meja bujang tidak boleh digunakan oleh orang perempuan. |
drum table | meja dram | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja berbentuk dram yang mempunyai permukaan di atasnya yang boleh berpusing. Meja dram diasaskan daripada reka bentuk meja yang berlaci, berpandukan gaya neoklasik Inggeris. Meja dram juga dikenali sebagai meja kapstan. |
poudreuse | meja bedak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang digunakan untuk berhias pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja lipat di bahagian atas dan cermin di bahagian bawahnya. |
gate-leg table | meja kaki lipat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang mempunyai kaki yang boleh dilipat, biasanya diperbuat daripada kayu oak. Permukaan atas meja pula boleh dilekatkan menjadi bahagian yang lebih besar menggunakan engsel. Meja ini muncul di England pada abad ke-16. |
piecrust table | meja kerak pai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja kayu kecil berbentuk bulat dengan hiasan tepi bersulam biku yang diperkenalkan pada abad ke-18. Meja kecil ini mempunyai tiga kaki yang disambung ke permukaan bawah meja oleh sebatang kayu penyokong. |
partners' desk | meja kongsi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang membolehkan dua individu bekerja secara menghadap antara satu sama lain. Meja yang terkenal pada abad ke-18 ini mempunyai laci pada kedua-dua bahagian yang bertentangan. |
game table | meja permainan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang digunakan untuk permainan papan pada abad ke-17. Asalnya, pada permukaan meja ini terdapat jarum tetapi pada abad ke-18, rekaan pada permukaannya telah diubah untuk membolehkan permainan catur atau backgammon dimainkan. |
Pembroke table | meja Pembroke | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja panjang yang memiliki dedaun sisi boleh lipat ke bawah dan disokong oleh pendakap. Meja ini diperbuat daripada besi atau kayu dan diperkenalkan di England sekitar tahun 1755. |
blockfront | meja blokfron | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang mempunyai tiga panel pemidang hadapan yang menegak. Kedua-dua panel di kiri dan kanan berbentuk cembung manakala panel di tengah berbentuk cekung. Meja hias ini biasanya diperbuat daripada kayu mahogani. |