mek mulung | mek mulung | Kesenian | Drama dan Teater | Seni persembahan di Kedah yang menggabungkan nyanyian, tarian dan lakonan untuk meraikan keturunan mereka yang telah memulakan warisan seni ini. Persembahan tradisi ini dipersembahkan oleh keturunan Siam yang dikenali sebagai sam-sam. Mek Mulung yang dipersembahkan dalam bulan tertentu pada sesuatu tahun mengandungi tujuan puja guru dan pengubatan. |
MEK deoiling | nyahminyak MEK | Kejuruteraan | Tiada | Proses nyahminyak daripada lilin yang menggunakan pelarut campuran metil etil keton dan toluena. |
MEK dewaxing | nyahlilin MEK | Kejuruteraan | Tiada | Proses nyahlilin daripada pelarut yang menggunakan pelarut campuran meil etil keton dan toluena. |
kelarai Mok Mek | kelarai Mok Mek | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur geometri berbentuk pola bujang yang diambil sempena nama penciptanya iaitu Hajah Semek. |
regional drama | drama daerah | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang bercirikan tempat atau kawasan tertentu seperti Mek Mulung di Wang Tepus, Jitra, Kedah. |
comic | komik | Kesusasteraan | Tiada | Unsur yang menimbulkan kelucuan dalam karya sastera. Kesan kelucuan biasanya dikaitkan dengan drama komedi. Unsur komik turut ditemui dalam drama tradisional tempatan, iaitu Makyung, Mek Mulung, dan Wayang Kulit yang dibawakan oleh watak peran dan pengasuh. Lihat juga drama satir, makyung. |
mekmulung | mekmulung | Muzik | Tiada | Dramatari rakyat yang terdapat di Kampung Wang Tepus, utara Kedah. Mekmulung mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental serta dipersembahkan untuk hiburan dan menyembah guru. Cerita asasnya tentang dewa muda dan juga cerita Melayu lain. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pak Mulung, Mek Mulung, peran, pengasuh dan inang. Ensembel mekmulung terdiri daripada alat muzik gong, kecerek, rebana ibu, rebana penganak, rebana peningkah dan serunai. |
grotesque | grotes | Kesusasteraan | Tiada | Pengherotan bentuk manusia yang pelik dan hodoh dalam seni ukir, seni bina, dan seni lukis. Istilah ini juga merujuk kepada representasi aneh perlakuan dan sifat manusia atau sifat binatang dalam karya sastera, bertujuan untuk mengejutkan, menyindir, dan mempersendakan. Contoh karya berunsur grotes terdapat pada watak �Uriah Heep� dalam karya bertajuk David Copperfield oleh Charles Dickens (1812 � 1870). Namun, unsur grotes lebih ketara dalam karya absurd moden yang ditulis oleh penulis eksistensialis. Contoh tempatan ciri-ciri grotes ini boleh ditemui pada watak peran dalam Menora dan mek Mulung. Grotes berasal daripada perkataan Latin grotte bermaksud �gua batu�. |