mechanical pulping | pempulpaan mekanikal | Buluh | Tiada | Pempulpaan menggunakan kaedah mekanikal seperti pengisar, untuk menghancurkan kayu tanpa menggunakan bahan kimia. Pempulpaan mekanikal mengeluarkan hasil yang tinggi, tetapi memiliki kekuatan yang rendah. |
lever systems | sistem tuas | Sains Sukan | Biomekanik | Suatu sistem mekanikal yang menyatakan kedudukan relatif antara beban, daya dan fulkrum. Terdapat tiga kelas tuas, iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Pengelasan tuas ditentukan oleh komponen yang berada di tengah sistem. Pada sistem mekanikal manusia, tulangtulang bertindak sebagai tuas, sendi sebagai fulkrum, dan otot menjana daya yang diperlukan untuk mengatasi beban. Secara umumnya, tuas kelas pertama berfungsi untuk keseimbangan, tuas kelas kedua berfungsi untuk menjimatkan daya dan tuas kelas ketiga berfungsi untuk menghasilkan kelajuan dan julat pergerakan yang besar. |
half rotor | separa rotor | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Alat pensuisan elektronik yang digunakan sebagai sebuah komponen dalam mesin sifer penyulitan mekanikal. Setiap separa rotor mempunyai lima cincin sesentuh untuk input dan sepuluh output. Dua separa rotor diperlukan dalam satu mesin sifer penyulitan mekanikal. Setiap aksara yang ditaip pada mesin sifer berkenaan akan menjana isyarat elektrik yang masuk ke dalam separa rotor yang pertama dan disulitkan sebelum masuk ke separa rotor kedua untuk disulitkan semula. Hasil teks sifer akan dicetak berdasarkan isyarat elektrik yang keluar pada titik output tertentu dalam separa rotor yang kedua. Lihat juga tertib rotor. |
mechanical efficiency | kecekapan mekanikal | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Nisbah antara kuasa kuda brek dengan kuasa kuda mutlak dalam enjin |
mechanical grading | penggredan mekanikal | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
mechanical injury | kecederaan mekanikal | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
impulse | impuls | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti mekanikal elektrik atau tindakan yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat. |
gear | gear | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat mekanikal yang boleh memindahkan kuasa dan berputar, dari satu aci ke aci yang lain. |
surface wave | gelombang permukaan | Sains Marin | Tiada | Gelombang mekanikal yang menyebar di sepanjang muka antara media yang berbeza. Contohnya, gelombang graviti di sepanjang permukaan cecair seperti gelombang lautan. Gelombang graviti juga boleh berlaku dalam cecair, iaitu antara dua cecair dengan kepadatan yang berlainan. |
engine thermostat | termostat enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti mekanikal yang sensitif terhadap perubahan suhu, yang dipasang di bahagian keluaran bendalir pendingin, yang mengalir meninggalkan blok enjin. Peranti ini mengembang dan menguncup bergantung pada suhu bendalir pendingin dan menyebabkan tindakan buka-tutup di bahagian keluaran serta mengawal amaun bendalir pendingin yang dibiarkan meninggalkan enjin. |