Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ka.nis.me] | ميکانيسمى

Definisi : (mékanisme) 1. bahagian dlm se­suatu jentera yg menggerakkannya; 2. su­sunan atau jalinan bahagian yg bekerjasama spt bahagian-bahagian dlm jentera; 3. alat yg terdiri drpd mesin: komputer secara langsung menjadi ~ terpenting bagi membantu kerja-kerja percetakan; 4. cara (sistem, saluran, dsb) utk memungkinkan atau membuka jalan kpd pelaksanaan dsb: Usul al-Fiqh (peng-asasan perundangan Islam) menyediakan ~ yg diperlukan utk mengubah, menunda, menambah atau menguatkuasakan undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ka.nis.me] | ميکانيسمى

Definisi : /mékanisme/ ist cara sesuatu bekerja atau cara sesuatu dibuat: ~ respirasi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mekanisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scooter mechanismmekanisme skuterFizikNanoteknologiMekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi.
genomic duplicationpenduaan genomikBioinformatikBioinformatik MolekulMekanisme utama yang menghasilkan bahan genetik sewaktu proses evolusi. Penduaan genomik merujuk kepada sebarang penduaan kawasan DNA yang mengandungi gen dan terhasil dari kesilapan yang berlaku sewaktu proses replikasi DNA, mekanisme pembaikan atau melalui proses spontan oleh elemen genetik yang bongkak. Contoh mekanisme adalah rekombinasi ektopik, polipoidi.
closed-loop controlkawalan lingkaran tertutupSains SukanBiomekanikMekanisme kawalan motor manusia yang boleh dipengaruhi oleh maklum balas sensori terkini yang diterima. Mekanisme kawalan ini melibatkan jenis pergerakan yang perlahan dan berterusan. Contohnya, seorang tekong yang ingin melakukan servis perlu mengubah suai tindakannya bergantung kepada lambungan bola daripada pemain apit.
random genetic driftpindahan genetik rawakBioinformatikBioinformatik MolekulMekanisme evolusi yang melibatkan perubahan kekerapan variasi gen dalam sesebuah populasi yang berlaku secara rawak mengikut masa. Mekanisme ini akan menyebabkan kehilangan variasi genetik dalam populasi.
motor controlkawalan motorSains SukanBiomekanikKajian berkaitan dengan postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kajian ini menjelaskan cara berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme kawalan pergerakan. Kawalan ini dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi. Lihat juga lakuan motor.
open-loop controlkawalan lingkaran terbukaSains SukanBiomekanikMekanisme kawalan motor manusia, apabila semua maklumat perlu dimulakan dan dirancang untuk memulakan pergerakan. Sebaik sahaja pergerakan bermula, pergerakan tersebut akan mengikut arahan asal dan tiada perubahan berlaku ke atas pergerakan. Mekanisme ini melibatkan jenis pergerakan yang pantas. Contohnya, seorang penjaga gol yang menangkap bola yang ditendang dengan pantas.
price mechanismmekanisme hargaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
defense mechanismmekanisme pertahananKejururawatanTiadaKaedah yang digunakan untuk mengurangkan stres dan mengekalkan homeostasis.
coping mechanismmekanisme kendalianKejururawatanTiadaKeupayaan individu mengatasi masalah kesihatan untuk memenuhi tuntutan hidup.
mechanisms of breathingmekanisme pernafasanKejururawatanTiadaProses pernafasan semasa inspirasi dan ekspirasi.
1234567

Kembali ke atas