Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total disablitiyhilang upaya menyeluruhinsuransTiadaKetidakupayaan yang menghalang insured daripada melaksanakan tugas pekerjaan biasanya atau melaksanakan sebarang pekerjaan bagi mendapat upah.
commodity exchangebursa komoditiEkonomiTiadaInstitusi yang melaksanakan kontrak pembelian dan penjualan komoditi, dan menentukan peraturan secara serta-merta, atau terutamanya secara ke depan. Kontrak pembelian dan penjualan ini menentukan harga, jumlah, mutu, dan syarat-syarat penyerahan komoditi tersebut. Lihat juga pasaran ke depan, pasaran semerta.
apraxiaapraksiaPendidikanTiadaKetidakbolehan untuk merancang dan melaksanakan satu tugas motor akibat daripada kesukaran untuk mengkoordinasi otot dan pergerakan.
appsapp-TiadaPerisian yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas tertentu yang dimuat turun dan dipasang dalam komputer dan peranti mudah alih. Singkatan bagi application.
nurse administratorpentadbir jururawatKejururawatanTiadaJururawat yang melaksanakan tugas-tugas pentadbiran kejururawatan. Contohnya, penyelia jururawat.
logic gateget logikFizikNanoteknologiPeranti elektronik yang melaksanakan operasi logik pada isyarat input dan menghasilkan output logik tertentu. Dalam nanoteknologi, peranti ini terdiri daripada susunan molekul yang dapat bersifat sebagai suis. Contohnya, molekul rotaksana.
nanoswitchnanosuisFizikNanoteknologiSuis bersaiz molekul yang mampu melaksanakan tindakan buka dan tutup sistem elektronik pada skala pikosaat. Contoh proses nanosuis ialah kesan penerowongan, fotokimia, perubahan bentuk, dan kesan pemagnetan.
governmentkerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganBadan, agensi atau jentera bagi unit politik dalam sesebuah negara yang dikenali juga sebagai badan eksekutif. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan autoriti atau menjalankan tugas pentadbiran seperti yang diperincikan dalam perlembagaan negara tersebut. Badan ini juga merupakan antara bahagian utama dalam konsep pemisahan kuasa pemerintahan di samping legislatif dan kehakiman. Kerajaan biasanya dianggotai oleh pemimpin yang telah memenangi pilihan raya dan melaksanakan dasar yang telah digubal oleh dewan perundangan. Badan ini bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan serta menentukan dasar yang boleh membawa kepada pembangunan negara. Kerajaan ini boleh berubah sekiranya kumpulan atau parti yang memerintah tewas kepada parti lain dalam pilihan raya. Lihat juga pemerintah.
totalitarian governmentkerajaan totalitarianSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintah yang melaksanakan pemerintahan berasaskan penguasaan ketat terhadap individu. Penguasaan ini bertujuan supaya individu tunduk kepada pemerintah dan ini dilakukan dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Kerajaan seperti ini tidak membenarkan persaingan politik secara terbuka, kewujudan parti pembangkang dan kebebasan NGO. Hukuman keras dilaksanakan kepada penentang kerajaan. Kerajaan jenis ini boleh muncul sama ada melalui satu revolusi seperti yang berlaku di China dan Soviet Union atau secara kemunculan seorang diktator yang sangat berpengaruh seperti Hitler di Jerman dan Mussolini di Itali.
proxyproksiSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu, kelompok atau negara yang melaksanakan tugas bagi pihak lain. Proksi bertindak sebagai topeng terhadap penglibatan langsung pihak sebenar untuk mengaburi mata orang ramai seolah-olah pihak tersebut tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang menimbulkan kontroversi. Contohnya, Amerika Syarikat dan Soviet Union sering terlibat dalam perang proksi semasa era perang dingin seperti yang berlaku dalam perang Vietnam apabila Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan manakala Soviet Union membantu Vietnam Utara.
12345678910

Kembali ke atas