Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.kur.kan] | ملاکورکن

Definisi : mencampurkan atau menyebatikan (logam dll dgn meleburkannya): platinum boleh dilakurkan dgn kaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.kur.kan] | ملاکورکن

Definisi : mencampurkan logam dll dgn meleburkannya; menyebatikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melakurkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arc sprayingpenyemburan arkaKimiaTiadaKaedah melakurkan serbuk logam dengan menggunakan arka elektrik.
cruciblemangkuk pijarKimiaTiadaMangkuk pijar yang biasanya diperbuat daripada porselin, yang digunakan untuk melakurkan bahan kimia pepejal.
fusion splicesambat lakurKejuruteraanTiadaSambatan yang disudahi dengan menggunakan haba setempat, yang cukup untuk melakurkan kedua-dua hujung gentian optik, untuk membentuk satu gentian optik berselanjar.
fibre fusionsambat lakurKejuruteraanTiadaSambatan yang disudahi dengan menggunakan haba setempat, yang cukup untuk melakurkan kedua-dua hujung gentian optik, untuk membentuk satu gentian optik selajar.
fusefiusTeknikElektrikPeranti keselamatan litar yang terdiri daripada dawai halus mudah lebur yang akan memutuskan litar dengan melakurkan dawai tersebut apabila arus yang mengalir melaluinya melebihi kadar yang ditetapkan. Peranti ini disambungkan sesiri dengan litar yang dilindunginya. Fius terdiri daripada pelbagai jenis; antaranya fius kartrij, fius boleh dibaharui, dan fius upayaan putus tinggi.
borosilicate glasskaca borosilikatKimiaTiadaKaca silika perintang haba yang mengandungi sekurang-kurangnya 5% borik oksida. Kaca jenis ini mempunyai pekali pengembangan yang sangat rendah dan takat lebur yang tinggi, iaitu lebih kurang 593oC. Kaca borosilikat dibuat dengan melakurkan campuran slika-boraks untuk menghasilkan polimer kompleks natrium borosilikat. Kaca borosilikat digunakan untuk membuat barang kaca makmal.
borosilicate glasskaca borosilikatKejuruteraanPolimerKaca silika perintang haba yang menagndungi sekurang-kurangnya 5% borik oksida. Kaca jenis ini mempunyai pekali pengembangan yang sangat rendah dan takat lebur yang tinggi, iaitu lebih kurang 593oC. Kaca borosilikat dibuat dengan melakurkan campuran silika-boraks untuk menghasilkan polimer kompleks natrium borosilikat. Kaca borosilikat digunakan untuk membuat barang kaca makmal.

Kembali ke atas