Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaleuca


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Melaleuca leucadendrongelamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar ud
gelamgelamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Melaleuca cajuputi daripada famili Myrtaceae. Gubal kayu gelam berwarna coklat kemerahan, dan tidak jauh berbeza daripada teras kayunya yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 820 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu gelam tahan dalam keadaan persekitaran lembap dan air masin, dan digunakan dengan meluas sebagai sumber kayu api, kayu jaras, dan kayu kelong. Kulit lembut kayu ini dapat digunakan sebagai pakal papan perahu.
acicularasikularHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang panjang dan kecil seperti jarum. Contohnya, daun pokok teh (Melaleuca alternifolia) dan daun cucur atap (Baeckea frutescens).

Kembali ke atas