Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.bat.kan] | ملمبتکن

Definisi : (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bat.kan] | ملمبتکن

Definisi : membuat supaya lambat; menjadikan lambat: Ia ~ langkah kakinya. Kekurangan petugas telah ~ kerja itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melambatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antioxidantantioksidanPerikananAkuakulturBahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan lemak atau minyak. Contohnya, hidroksitoluena berbutil (BHT) dan hidroksianisol berbutil (BHA) yang kebiasaannya digunakan untuk melambatkan proses pengoksidaan bahan lemak di dalam makanan ikan atau udang.
anticoagulantantikoagulanHerbaFitoterapiBahan yang berupaya mencegah, melambatkan atau menghentikan proses penggumpalan darah.
self-controlkawalan kendiriKriminologiKeadilan JenayahKemampuan individu untuk mengawal diri sendiri daripada melakukan apa-apa jenayah atau perbuatan berisiko. Kawalan kendiri ini berlaku dengan cara menghindari keinginan, melambatkan kepuasan atau menahan diri daripada tingkah laku berisiko yang boleh mengakibatkan jenayah. Contohnya, remaja yang mempunyai kawalan kendiri yang lemah mudah terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah.

Kembali ke atas