extreme external event (EEE) | peristiwa luaran melampau | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Urutan kejadian melampau yang berlaku di luar loji nuklear. |
gross negligence | kecuaian melampau | insurans | Tiada | Tindakan sewenang-wenang sehinggakan boleh dianggap sebagai disengajakan. |
dysfunctional grief | pilu melampau | Kejururawatan | Tiada | Perasaan pilu atau sedih yang keterlaluan dan berpanjangan kerana kehilangan sesuatu. Keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan seseorang. |
emaciation | kekurusan | Perikanan | Akuakultur | Penurunan berat badan yang melampau akibat daripada kehilangan lemak di bawah kulit dan otot di seluruh badan ikan. Kekurusan ini berpunca daripada ikan yang sakit atau kekurangan pemakanan. |
alcohol abuse | penyalahgunaan alkohol | Kejururawatan | Tiada | Ketagihan arak yang melampau, dan biasanya mengakibatkan sirosis hepar. |
anxiolytic | anksiolitik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang digunakan untuk mengurangkan kerisauan yang melampau. |
distress | distres | Kejururawatan | Tiada | Keadaan tertekan dari segi mental, fizikal atau emosi yang melampau. |
anorexia | anoreksia | Herba | Fitoterapi | Gangguan psikologi pada cara pemakanan yang disebabkan oleh faktor kebimbangan melampau dan persepsi diri yang salah terhadap peningkatan berat badan. |
hyperbola | hiperbola | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�. |
buckle | meleding | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan dinding atau sebarang komponen yang berubah bentuk seperti gelembung atau lengkungan disebabkan tekanan beban yang melampau seperti logam, bod, dan sebagainya yang meleding atau piut (kiat). |