persistent objector | pembantah berterusan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang menyanggah sesuatu amalan negara lain secara berpanjangan, tanpa gagal. Walaupun amalan tersebut pada akhirnya menjadi undang-undang adat antarabangsa yang mengikat semua negara, tetapi undang-undang adat antarabangsa tidak akan mengikat negara pembantah berterusan tersebut. Tiada kewajipan antarabangsa yang boleh diberikan kepada sesebuah negara tanpa persetujuan negara berkenaan kerana semua negara merupakan entiti yang berdaulat. Sekiranya sesebuah negara tidak membantah sesuatu amalan negara lain, maka tindakan berdiam diri boleh dianggap sebagai menyatakan persetujuan secara tersirat. Contoh negara pembantah berterusan ialah Norway dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries yang diputuskan pada tahun 1951. Dalam kes ini, Norway menggunakan garis pangkal lurus untuk menetapkan perairan wilayahnya. Britain mendakwa Norway telah melanggar undang-undang adat antarabangsa kerana tidak menggunakan garis pangkal normal yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Kesannya, perairan |
breach | pecah; mungkir; langgar | Undang-undang | Tiada | Perbuatan tidak mematuhi, tidak mengikuti, menentang, cuai, memecah, melanggar undang-undang, kontrak, janji, perjanjian, adat, hak, kewajipan dan sebagainya. |
ta‘addi | perlanggaran peraturan | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan melampaui batas dari segi syarak, uruf atau adat kebiasaan. Contohnya, pemegang amanah atau gadaian menggunakan barang amanah atau gadaian tersebut tanpa keizinan pemiliknya. Ta‘addi juga wujud sekiranya pekerja cuai atau melanggar arahan majikan. |
jus cogens | jus cogens | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Norma undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa tanpa sebarang penjejasan. Jus cogens terbentuk daripada undang-undang adat antarabangsa yang merupakan salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Dari segi hierarki sumber undang-undang antarabangsa, jus cogens berada di tempat teratas. Sekiranya jus cogens bercanggah dengan sumber undang-undang antarabangsa yang lain, maka jus cogens yang akan terpakai. Malah, sebuah triti yang melanggar jus cogens akan menjadi tidak sah. Contohnya, jika sebuah triti antara dua negara yang bertikai tentang hak milik sebuah pulau memperuntukkan bahawa pihak yang menang antara mereka dalam peperangan akan memperoleh hak milik terhadap pulau tersebut, maka triti itu dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan norma larangan penggunaan kekerasan. Selain daripada larangan penggunaan kekerasan, contoh lain jus cogens ialah pengharaman perhambaan dan pengharaman genosid. Sinonim norma muktamad. |
legal obligation | kewajipan undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Segala jenis tanggungjawab undang-undang atau liabiliti. Dalam maksud yang asal, kewajipan undang-undang lebih merujuk kepada tanggungjawab untuk menyelesaikan keberhutangan wang seperti yang dinyatakan di dalam dokumen bertulis yang dimeterai. Kini, kewajipan undangundang digunakan sebagai rujukan kepada perkara yang seharusnya dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh sumpah, kontrak atau undang-undang. Ia merujuk kepada tanggungjawab undang-undang dan tanggungjawab moral yang boleh memberikan tekanan kepada seseorang untuk melaksanakannya atau dihukum kerana cuai melaksanakannya. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kewajipan undang-undang boleh lahir daripada triti yang disertai atau undang-undang adat antarabangsa. Contoh kewajipan undang-undang antarabangsa ialah kewajipan untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap negara lain dan kewajipan untuk tidak mencederakan rakyat negara lain. Mana-mana negara yang melanggar kewajipan undang-undang mempunyai kewajipan undang-undang untuk me |