decumbent | melata | Biologi | Umum | Tiada |
decumbent | melata | Botani | Tiada | Keadaan batang yang menjalar dan tumbuh rapat di permukaan tanah dengan hujungnya membengkok dan tegak ke atas. |
cascading windows | tetingkap melata | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih. |
prostrate | prostrat | Botani | Tiada | Batang yang melata di permukaan tanah tanpa mengeluarkan akar daripada buku. Contohnya, batang pokok tembikai. |
offset | jalaran | Botani | Tiada | Batang tebal yang melata dan keluar dari pangkal pokok induk dengan hujungnya mengeluarkan rumpun-rumpun daun dan sekumpulan akar halus terdapat di bawahnya. Contohnya, pada keladi bunting. |
ground cover | penutup bumi | Pertanian | Agroteknologi | Tumbuhan yang melata dan digunakan untuk menutup kawasan tanah yang tidak ditanam supaya dapat melindunginya daripada kesan air hujan atau cahaya matahari. Tumbuhan ini dapat membantu mengurangkan kadar hakisan tanah berbanding sekiranya kawasan itu terdedah. Dalam sektor perladangan kelapa sawit dan getah, telah menjadi amalan biasa untuk penanaman beberapa jenis tanaman penutup bumi daripada keluarga kekacang seperti Centrosema pubescens, Calopogonium mucunoides dan Mucuna bracteata. Tanaman ini juga dapat meningkatkan kesuburan tanah melalui pengikatan nitrogen daripada atmosfera. |
Oxalis corniculata | sikup dada | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba kecil dan merayap dalam famili Oxalidaceae dan dikenali juga sebagai sekap dada atau semanggi gunung. Tumbuhan ini tumbuh melata di taman, di halaman rumah dan di dalam pasu. Batangnya kecil lembut dan berbulu. Daunnya jenis majmuk, bertangkai kecil dan panjang serta mengandungi tiga anak daun. Anak daun nipis berbentuk seperti jantung terbalik dan berlekuk dalam di hujungnya. Bunganya kecil berwarna kuning. Buahnya jenis kapsul mengandungi biji kemerah-merahan. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengurangkan panas badan. Daunnya juga dibuat kumur untuk sakit mulut dan gusi. Jus daun dititikkan ke mata untuk mengubati sakit mata dan gatal kelopak mata. Jus daun juga diminum untuk melegakan batuk. |
folk poetry | puisi rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba. |