Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : : jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Puisi
 

Singapura dilanggar todak,
     Orang berkubu batang pisang;
Orang tua melawan budak,
     Ibarat aur ditarik songsang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana layang-layang melawan angin.

Bermaksud :

Pebuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Wau melawan angin).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antibacterialantibakteriaHerbaTiadaHerba yang melawan dan memusnahkan bakteria. Contoh herba ini ialah selasih, kayu manis, cengkih, kayu putih, kunyit, alfalfa, chamomile (kamomil), parsli, pepermin, rubarb.
antifungalantikulatHerbaTiadaAgen yang melawan dan memusnahkan pelbagai kulat. Contoh herba ini ialah kayu manis, cengkih, bawang putih, kunyit, alfalfa (Medicago sativa), kava kava, parsli, St John's Wort dan taim.
antiseborrheicantiseboreikHerbaFitoterapiBahan yang berkesan melawan rembesan kelenjar sebum yang berlebihan.
antioxidantbahan antioksidaHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk melawan kesan negatif akibat pengoksidaan dan pengumpulan radikal bebas pada tisu badan. Contoh herba ini ialah pegaga, kunyit, daun kaduk dan ulam-ulaman.
antidoteantidotHerbaFitoterapiBahan yang berupaya meneutralkan atau melawan tindakan racun.
torquekilasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKesan yang diukur daripada daya melawan panjang dinyatakan dalam unit kg-meter.
Arrhenius plotplot ArrheniusFizikNanoteknologiSatu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses.
roll gradientgradien olengKejuruteraan AutomotifTiadaCerun keluk oleng (paksi tegak) melawan daya sisi (paksi sisi). Gradien oleng mempunyai unit darjah/g (g = satu unit graviti untuk daya, bersamaan dengan 9.81 m/s^2)
calibration curvekeluk tentukuranKimiaKimia AnalisisPlot bacaan isyarat seperti serapan atau pancaran melawan kepekatan piawai. Plot ini digunakan untuk menentukan kepekatan yang tidak diketahui.
carbon numbernombor karbonKimiaKimia AnalisisBilangan atom karbon di dalam bahan yang dianalisis yang diplot melawan isi padu penahanan kromatografi bagi sebatian yang dikenali pasti.
123

Kembali ke atas