Kindle | Kindle | - | Tiada | Peranti elektronik yang dibangunkan oleh Amazon untuk membantu pembaca melayari, membeli, memuat turun, dan membaca e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain. |
digital footprint | jejak digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Data yang berkaitan dengan rekod aktiviti melayari Internet seseorang seperti alamat tapak web, penghantaran e-mel dan maklumat yang dihantar ke perkhidmatan dalam talian. Dalam konteks e-pembelajaran, jejak digital merupakan rekod aktiviti pembelajaran oleh pelajar bagi tujuan pemantauan kemajuan. |
typosquatting | jebakan tipo | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Keadaan apabila pengguna web tersilap menaip ejaan nama domain semasa membuat carian lalu mereka didorong untuk melayari laman web lain yang serupa dengan nama domain yang didaftarkan dan terkenal. |
cyberslacker | penculas siber | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang menggunakan kemudahan Internet dan e-mel majikannya untuk melakukan aktiviti peribadi semasa waktu bekerja seperti bermain permainan dan membeli-belah secara dalam talian serta melayari laman media sosial. |
spyware | perisian intip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. |
informal learning | pembelajaran tidak formal | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran atas inisiatif sendiri yang berlaku bila-bila masa tanpa dirancang di luar bilik darjah, tidak mempunyai sukatan pelajaran yang perlu diikuti, tidak berstruktur dan tiada penilaian. Contohnya, dalam konteks e-pembelajaran, seseorang mempelajari perkara baharu tanpa dirancang semasa melayari Internet. |