Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayu

Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bangsawanbangsawanKesusasteraanTiadaTeater Melayu yang mempersembahkan cerita tentang golongan atasan dan menandakan perkembangan awal teater Melayu moden.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.
orthographyortografiKesusasteraanTiadaSistem ejaan sesuatu bahasa yang betul dan standard. Sistem ejaan bahasa Melayu amat diperlukan dalam kajian filologi terutamanya yang melibatkan naskhah Melayu lama.
serambiserambiKesenianHiasan DalamanRuang memanjang tertutup, yang biasanya dihiasi dengan tingkap di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rumah tradisional Melayu yang direka bentuk dengan serambi terbuka. Serambi berfungsi sebagai ruang tetamu lelaki yang dikenali oleh tuan rumah, sama ada yang mempunyai hubungan keluarga atau tiada hubungan keluarga. Serambi juga dijadikan tempat untuk mengadakan majlis formal, mengajar dan membaca al- Quran, serta tempat tidur anak-anak dan tetamu lelaki.
foliofolioKesusasteraanTiadaSatu lembar kertas cetak yang apabila dilipat dua, menjadi empat halaman. Dalam tradisi percetakan Eropah, folio bermaksud sebuah buku bersaiz 12 inci x 15 inci. Folio juga merupakan kaedah penjilidan buku yang awal. Contohnya, drama Shakespeare telah dibukukan dalam folio pada tahun 1623. Walau bagaimanapun folio bukan hanya terbatas kepada bahan tulisan sastera tetapi juga meliputi bahan lakaran, seni lukis, gambar, kraf dan lain-lain. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, folio merupakan suatu bentuk yang biasa dalam penulisan manuskrip Melayu. Sebelum kaedah pencetakan dan penjilidan saintifik diperkenalkan di Tanah Melayu, pengarang Melayu menghasilkan karya dalam bentuk folio yang berbeza saiz dan bentuknya. Kini, contoh folio manuskrip Melayu masih tersimpan di beberapa buah perpustakaan, arkib, dan muzium. Folio berasal daripada perkataan latin yang bermaksud �helai�.
bendulbendulKesenianHiasan Dalaman1. Pembahagi yang terletak di pintu antara ruang serambi dengan ruang tengah rumah tradisional Melayu. 2. Kayu keras yang dipasang di sekeliling bahagian luar atau dalam rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai pengikat rumah supaya rumah menjadi kukuh.
incantationmanteraKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�.
monodyekanadaKesusasteraanPuisiPuisi ratap yang diciptakan khusus untuk dibacakan dalam sesuatu upacara yang sedih. Umpamanya peristiwa kematian. Namun dalam puisi Melayu mungkin khalayak tidak menemukan puisi-puisi monodi ini lantaran masyarakat Melayu tiada mempunyai tradisi meratapi si mati dengan membaca puisi Seperti dalam agama Kristian. Sinonim monodi.
hikayathikayatKesusasteraanTiadaSuatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud �cerita-cerita sejarah�, atau haka bermaksud �menceritakan, mewartakan dan memberitahu. � Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman.
dichotomydikotomiKesusasteraanPuisiPemisahan atau pembahagian antara dua kelompok, kumpulan dan era. Pemisahan dibuat kerana terdapatnya perbezaan yang jelas dalam sesuatu aspek. Contohnya, dikotomi perkembangan puisi Melayu sebelum perang dengan perkembangan puisi Melayu selepas perang.
12345678910...

Kembali ke atas