Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.cur.kan] | ملچورکن

Definisi : menyebabkan jadi melecur (dgn menjiruskan air panas dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.cur.kan] | ملچورکن

Definisi : menyebabkan menjadi melecur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melecurkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contact herbicideracun herba kontakPertanianAgronomi

 Jenis racun herba yang bertindak hanya kepada bahagian tumbuhan yang disentuh oleh racun tersebut. Pada amnya, racun jenis ini memberi kesan yang cepat dengan melecurkan bahagian yang disentuh tetapi tidak meresap kepada bahagian akar atau batang yang tidak terkena racun. Contohnya, racun herba kontak jenis Paraquat. Oleh itu, racun herba kontak tidak begitu berkesan dalam jangka masa panjang untuk mengawal rumpai yang mempunyai rizom seperti lalang.

acidic solutionlarutan berasidKimiaTiadaLarutan akueus yang mengandungi lebih ion hidroksonium, H3O+, daripada ion hidroksil, OH-, yang diperoleh dengan melarutkan asid di dalam air. Larutan ini mempunyai pH kurang daripada 7, dan dengan itu menukarkan kertas litmus biru kepada warna merah. Larutan ini masam rasanya dan dapat melecurkan kulit. Misalnya, larutan hidrogen klorida, HCI.

Kembali ke atas