immunosuppressive drugs | ubat imunopenindasan | Perubatan | Tiada | Ubat yang digunakan dalam rawatan pemindahan organ dan penyakit autoimun dengan cara melemahkan tindakan imun. Dalam pemindahan organ, ubat ini menghalang tindakan antibodi penerima terhadap organ yang dipindahkan dan ini menghalang penolakan organ tersebut. Dalam penyakit autoimun, ia melemahkan tindakan antibodi pesakit terhadap tisu yang terlibat. Ubat ini juga digunakan untuk mengurangan keradangan seperti asma dan penyakit tisu konektif. Tiga kumpulan ubat imunopenindasan ialah glukokortikoid, perencat kalsineurin dan agen antiproliferatif. |
depress | melemahkan; tekan lahan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
depress | melemahkan; menurun | Pendidikan | Tiada | Menurun: Perubahan kedudukan kamera dari tinggi ke rendah. |
derogate from | melemahkan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
subversion | subversif | Undang-undang | Tiada | sesuatu yang bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sistem politik, kerajaan, agama dan lain-lain dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit. |
echo suppressor | penindas gema | Aeroangkasa | Tiada | Peranti elektronik yang melemahkan kesan gema bagi rangkaian telefon satelit. |
subversion | subversi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tindakan terancang untuk melemahkan keupayaan mekanisma keselamatan suatu sistem komputer secara tersembunyi sepanjang kitar hayat pembangunan sistem komputer tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk membenarkan capaian terlarang yang tidak boleh dikesan oleh pemilik sistem komputer pada masa akan datang. Contohnya, seorang pengatur cara menyelitkan kod atur cara secara tersembunyi untuk memberikannya pintu belakang bagi mengelak mekanisme pengesahan pengguna yang terdapat pada perisian tersebut, dalam proses pembangunan perisian. 2. Tindakan oleh pengguna hasad yang mengubah kod atur cara pada perisian sistem pengesanan pencerobohan untuk menggagalkan keupayaannya untuk mengesan pencerobohan dengan baik. |
anomaly | anomali | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan, penyimpangan peraturan atau ketidakwajaran yang melemahkan sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Kelemahan ini wujud akibat perancangan yang tidak sistematik daripada penggubal peraturan yang berkenaan. Contohnya, ketidakselarasan gaji antara kakitangan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap majikan, atau ketidakselesaan kakitangan akibat penguatkuasaan terma perkhidmatan pegawai awam kesan pelaksanaan sistem saraan yang baru. |
jet lag | lamban jet | Psikologi | Psikologi Umum | Gangguan ritma badan atau sirkadian yang boleh melemahkan atau mengganggu kesihatan dan kesejahteraan individu. Gangguan ini mengakibatkan perasaan seperti kelesuan, kerengsaan, masalah tumpuan dan gangguan tidur akibat perubahan waktu siang dan malam secara mendadak seperti yang berlaku kepada individu yang melintasi garisan waktu GMT atau dalam perjalanan jarak jauh dengan menggunakan kapal terbang. |
threat to validity | ancaman keesahan | Pendidikan | Tiada | Sebarang aspek reka bentuk atau kaedah kajian yang melemahkan keputusan kajian yang ditunjukkan. |