Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lem.bap.kan] | ملمبڤکن

Definisi : menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembap­kan terlebih dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lem.bap.kan] | ملمبڤکن

Definisi : menjadikan lembap atau menyebabkan jadi lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembap (adjektif)
1. Bersinonim dengan basah: berair, denar, semek, demek, embal, melempen, berkemal, berlengas,
Berantonim dengan kering

2. Bersinonim dengan lembam: lemah, lambat, lempam,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melembapkan, kelembapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
embrocateembrokatHerbaFitoterapiBahan untuk melembapkan kulit seperti minyak sapu atau losyen.
skin creamkrim kulitFizikNanoteknologiCecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.

Kembali ke atas