divertor | pelencong | Kejuruteraan | Tiada | Alat dalam peralatan termonuklear yang melencongkan atom bendasing supaya meninggalkan dinding kebuk nyahcas dan masuk ke dalam perangkap dingin sehingga menghalangnya daripada terkena plasma panas. |
surge diverter | pelencong pusu | Sosiologi | Tiada | Alat yang dapat melencongkan kesan arus pusu. |
trope | trop | Kesusasteraan | Tiada | Istilah umum untuk bahasa kiasan. Trop melencongkan makna perkataan daripada maknanya yang harfiah. Contohnya metafora, simile, ironi dan personifikasi yang biasa ditemui dalam puisi. Trop dalam bahawa Yunani bermaksud �belok�. Lihat juga ironi, metafora, simile. |
channel, by-pass | alur pintas | Hidrologi | Tiada | Alur yang dibina untuk melencongkan aliran banjir dari satu tempat di hulu sungai suatu kawasan yang dilindungi ke suatu tempat di hilirnya. |
appropriation water law | undang-undang air ambil guna | Kejuruteraan | Tiada | Peraturan hak melencongkan air daripada alur air untuk tujuan berfaedah yang digunakan di kebanyakan negeri di bahagian barat Amerika Syarikat. |
reserved fuel | bahan api simpanan | Aeroangkasa | Tiada | Bahan api tambahan yang dibawa oleh pesawat udara selain daripada yang diperlukan untuk misi penerbangan. Ia digunakan untuk melencongkan pesawat udara ke destinasi gantian dan menunggu di udara selama 45 minit. |
barrage see also barrier; dam; weir barrage | bendungan | Hidrologi | Tiada | (1) Sawar yang merentangi sungai dan dilengkapi dengan suatu siri pintu atau lain-lain mekanisme kawalan untuk mengawal paras air di hulu, mengatur aliran atau melencongkan bekalan air ke suatu alur. (CID) (2) Lihat juga empang air tanah Suatu struktur di sungai pasang surut yang menahan kemasukan air masin. |
base leg | peringkat pangkalan | Aeroangkasa | Tiada | Peringkat pesawat udara membelok ke arah garisan landasan semasa tiba dari peringkat angin jurus untuk persediaan mendarat.,Bahan api tambahan yang dibawa oleh pesawat udara selain daripada yang diperlukan untuk misi penerbangan. Ia digunakan untuk melencongkan pesawat udara ke destinasi gantian dan menunggu di udara selama 45 minit.,Peringkat pesawat udara membelok ke arah garisan landasan semasa tiba dari peringkat angin jurus untuk persediaan mendarat. |