Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.leng.kap.kan] | ملڠکڤکن

Definisi : menjadikan lengkap, men­cukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.leng.kap.kan] | ملڠکڤکن

Definisi : menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificate of accomplishmentsijil pencapaianTeknologi Maklumate-PembelajaranPernyataan pencapaian kepada peserta yang telah melengkapkan sesuatu tahap sesi pembelajaran tertentu secara dalam talian. Pernyataan ini lebih bersifat ganjaran dan elemen untuk memotivasikan peserta bagi melengkapkan kursus yang diikuti. Pernyataan pencapaian ini bukan bersifat sijil sebenar seperti penganugerahan kredit akademik, gred atau ijazah.
sentences closurepenyudah ayatSains KesihatanTiadaPerbuatan meminta seseorang untuk melengkapkan ayat.
enjambementbaris sambungKesusasteraanTiadaBaris puisi yang bersambung ke baris berikutnya untuk melengkapkan struktur tatabahasa dan maksud sajak.
metabolic reactiontindak balas metabolikBioinformatikBioinformatik MolekulProses organik yang berlaku dalam organisma, yang perlu untuk melengkapkan kitar hidup. Contohnya, tindak balas penghasilan sebatian glukosinolat dalam sistem pertahanan tumbuhan.
e-diagnosise-diagnosisTeknologi Maklumate-KesihatanProses penelitian maklumat pesakit secara elektronik yang lazimnya digunakan untuk melengkapkan pendekatan e-perundingan. Proses ini melibatkan pengumpulan kemahiran pakar perubatan dalam pangkalan data agar perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit, terutamanya yang jauh dari hospital.
core houserumah ibuPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaStruktur rumah yang hanya terdiri daripada bangunan asas sahaja. Pemilik boleh melengkapkan atau menyiapkan rumah secara keseluruhannya apabila mampu.
mitigation periodtempoh penguranganKesihatan AwamTiadaTempoh untuk mengurangkan kesan ketara penyakit semasa perebakan sesuatu virus dalam komuniti dengan mengekalkan perkhidmatan perlu, melengkapkan keperluan sokongan hospital dan membantu pesakit.
mitigation phasefasa penguranganKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan ketara penyakit semasa perebakan sesuatu virus dalam komuniti dengan mengekalkan perkhidmatan perlu, melengkapkan keperluan sokongan hospital dan membantu pesakit.
public cryptography key systemsistem kekunci kriptografi awamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem penyulitan data yang mempunyai komponen algoritma penyulitan yang disebarkan kepada umum dan menggunakan sepasang kekunci untuk melengkapkan kriptosistem ini. Satu daripada pasangan kekunci ini, iaitu kekunci awam digunakan hanya untuk proses penyulitan dan disebarkan dengan bebas. Manakala satu lagi kekunci, iaitu kekunci rahsia digunakan khusus untuk penyahsulitan dan tidak disebarkan. Pasangan kekunci ini dipilih khusus supaya penyongsangan hasil penyulitan oleh satu kekunci hanya boleh dilakukan oleh pasangannya sahaja.
air injection systemsistem suntikan udaraKejuruteraan AutomotifEnjinSistem kawalan pancaran ekzos yang menggunakan pam tekanan rendah untuk menyuntik udara bersih ke dalam sistem ekzos. Oksigen dari udara digunakan untuk melengkapkan pembakaran karbon monoksida dan hidrokarbon yang lengkap pembakarannya supaya dapat disempurnakan. Sinonim sistem pancitan udara.
12

Kembali ke atas