Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ta/] | ملتق

Definisi : Mn menghantar, menaruh, mem­beri, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ta/] | ملتق

Definisi : menghantar atau menaruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meletak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parking areakawasan letak kenderaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaMedan atau kawasan yang dikhaskan untuk meletak kenderaan.
parking baypetak letak kenderaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRuang berbentuk segi empat yang digunakan untuk meletak kenderaan.
car parking areakawasan letak keretaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaMedan atau kawasan yang dikhaskan untuk meletak kereta.
partition of landpecah bahagi tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTanah hak milik tetap kepunyaan dua orang atau lebih sebagai tuan punya bersama dipecah bahagian supaya meletak hak pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hak milik berasingan.
radical politicianahli politik radikalSains PolitikPolitik PerbandinganAhli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal.
neutralizationperkecualianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan atau mengembalikan sifat tidak memihak kepada sesebuah negara, pertubuhan atau individu yang berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Proses ini berlaku sama ada secara paksaan, pembujukan atau sukarela. Contohnya, tindakan Dr. Chandra Muzaffar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan merupakan satu tindakan peneutralan sikap politik beliau. Sinonimpeneutralan.
civilian rulepemerintahan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang ditentukan oleh anggota masyarakat. Kerajaan ini memperoleh legitimasi untuk memerintah melalui proses pilihan raya atau pungutan suara. Hal ini berbeza dengan kerajaan tentera, monarki atau diktator. Dalam pemerintahan awam, rakyat merupakan sumber rujukan utama dan kerajaan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat dalam setiap pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam sistem pemerintahan ini, bidang kuasa pemerintahan diagihkan kepada tiga institusi iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan ini, rakyat berhak mendesak kerajaan atau pemerintah meletak jawatan. Contohnya, Kerajaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan awam.
vote of no confidenceundi tidak percayaSains PolitikPolitik PerbandinganSokongan atau undi yang ditarik balik oleh anggota dewan perundangan terhadap seorang perdana menteri atau ketua menteri. Undi ini dilakukan melalui usul yang dibentang di dewan dan apabila dibuat, anggota dewan yang lain perlu bertindak sama ada memberi undi percaya atau tidak. Sekiranya perdana menteri atau ketua menteri itu gagal mendapat majoriti undi percaya maka beliau dikehendaki meletakkan jawatan. Proses undi tidak percaya ini boleh dilaksanakan sama ada melalui cara mengangkat tangan atau melalui undi sulit. Contohnya, undi tidak percaya pernah diusul kepada Perdana Menteri India Morarji Desai pada tahun 1979 dan kegagalannya memperoleh sokongan menyebabkan beliau meletak jawatan.

Kembali ke atas