Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Peribahasa

Menengadah membilang layas,
     menungkup membilang lantai.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permanent guide basetapak pandu kekalKejuruteraanTiadaStruktur keluli untuk meletakkan kepada telaga, memandu alat gerudi, dan tempat meletakkan tindanan pencegah sembur liar.
rackrak; redaiPentadbiran PerniagaanTiada1. Rak: Para-para kayu dan lain-lain untuk meletakkan pinggan mangkuk dan lain-lain.,2. Redai: Jaringan besi yang yang digunakan untuk meletakkan kuih yang masih panas.
juxtapositionjukstaposisiKesusasteraanTiadaTeknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�.
notice of resignationpemberitahu meletakkan jawatanPentadbiranTiadaTiada
leave on resignationcuti kerana meletakkan jawatanPentadbiranTiadaTiada
immerserendam)PerubatanTiadaMeletakkan di bawah permukaan air atau cecair lain.
apposeaposPerubatanTiadaMeletakkan organ atau bahagian bersebelahan atau di sisi organ atau bahagian lain.
annualizedditahunkanPentadbiranTiadaMeletakkan sesuatu pada asas tahunan.
arrangesusun; gubahMatematikTiadaMeletakkan objek-objek dalam bentuk tertentu.
incubateeramPerubatanTiada1. Meletakkan pada situasi yang optimum, misalnya pada suhu dan lembapan yang sesuai untuk pertubuhan sel.,2. Mengekalkan kultur atau campuran tindak balas pada suhu yang tetap.
12345678910...

Kembali ke atas