Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.tup] | ملتوڤ

Definisi : pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.tup] | ملتوڤ

Definisi : pecah yg disertai bunyi yg kuat; meletus; meledak: Tayar keretanya ~ di tengah jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,

Peribahasa

Lain bengkak lain bernanah.

Bermaksud :

Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
silanesilanaFizikNanoteknologiSebatian kimia yang mengandungi silikon dan hidrogen dengan formula kimia, SiH4. Sebatian ini mudah terbakar atau meletup dalam udara dan dapat terurai pada suhu melebihi 420�C kepada silikon dan hidrogen. Silana digunakan dalam pemendapan wap kimia untuk menghasilkan filem tipis silikon.
mimicrytiru bunyiKesusasteraanPuisiGaya penyair mengungkapkan perasaan bagi mencitrakan sesuatu, khususnya bunyi yang disebabkan oleh benda jatuh, pecah, bergeser, meletup atau bunyi daripada burung, alatan muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan wahana bahasa dalam sesebuah puisi itu hendaklah sama, lantaran terbatasnya keupayaan bahasa meniru sesuatu bunyi itu. A. Ghafar Ibrahim merupakan seorang penyair tanah air yang kerap meniru bunyi ini dalam puisi-puisinya terutama yang terkumpul dalam "Tak-tak-tun" dan "Tan Sri Bulan". Sinonim ajukan, onomatopia.
cosmic disaster storycerita malapetaka kosmikKesusasteraanTiadaCerita atau fiksyen sains yang memperihalkan malapetaka yang memusnahkan dunia atau alam semesta. Malapetaka dicetuskan oleh bencana alam atau kebodohan manusia atau kedua-duanya. Contohnya, cerita tentang peperangan nuklear. Istilah cerita malapetaka kosmik ini dicipta oleh Kingsley William Amis. Dalam cerpen �Tik, Tik, Tik,� oleh Anwar Ridhwan, bom atom yang mungki8n meletup dijadikan sebagai alat satira untuk mengkritik kejahilan manusia.

Kembali ke atas