Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.tus] | ملتوس

Definisi : 1. meledak (gunung berapi, bom, dsb), pecah dgn mengeluarkan bunyi yg kuat: kepulan asap kelihatan bulat-bulat di tempat peluru itu ~; 2. ki bermula (peperangan, pertentangan, persengitan, dll): roman ini dikarang oleh tuan Hamka lama sebelum Perang Dunia Kedua ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.tus] | ملتوس

Definisi : 1 pecah serta mengeluarkan bunyi yg kuat; meletup. 2 bermula (peperangan dll): Peperangan Dunia Kedua telah ~ dlm tahun 1939. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letus
Kata Terbitan : meletus, letusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unconventional warperang bukan konvensionalSains PolitikPolitik PerbandinganPeperangan yang melibatkan penggunaan tentera konvensional dan banyak menggunakan senjata pemusnah biokimia, nuklear, senjata satelit dan peperangan digital. Peperangan ini dikatakan meletus secara luar biasa iaitu tidak seperti perang konvensional. Peperangan konvensional lazimnya merujuk kepada peperangan yang melibatkan penggunaan ketenteraan seperti serangan artileri, serangan udara dan laut.
marginal trenchparit pinggirSains MarinTiadaLekukan lantai laut dalam yang panjang, sempit dan mempunyai sisi secara relatifnya curam yang boleh menghasilkan gugusan dalam pandangan kasar seperti gunung berapi aktif yang meletus dan terjadi pada plat tektonik yang bertembung. Parit pinggir terjadi di kawasan yang mengalami tekanan topografik yang lazimnya kelihatan mengikuti luaran pinggir benua.
revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.

Kembali ke atas