Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard touristpelancong utamaPelanconganTiadaPelancong yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang kerap dilakukan pelancong lain atau mengunjungi tempat yang kerap dilawati pelancong lain.
political recruitmentpengambilan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa.
pure salvage (marine)salvaj tulen (marin)insuransTiadaUpah yang dibayar tanpa kaitan dengan kontrak insurans kepada pihak lain yang melibatkan diri dalam kejayaan operasi menyelamat nyawa dan harta di laut.
middle classkelas menengahSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan.
democracydemokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
building systemsistem bangunanKesenianHiasan DalamanPelan, spesifikasi dan segala dokumen sebagai suatu sistem bagi menghasilkan bangunan atau sistem komponen bangunan, termasuk struktur, elektrikal, mekanikal, saluran, sistem pencegahan kebakaran, dan semua sistem bangunan yang melibatkan keselamatan diri.
police corruptionkorupsi polisKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku devian, termasuklah perbuatan tidak beretika atau salah laku oleh pegawai dan anggota polis, melibatkan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk tujuan kepentingan diri atau untuk mendapat habuan diri.
self-help housingperumahan bantu diriPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembangunan perumahan, kemudahan komuniti dan infrastruktur yang melibatkan ahli komuniti dengan atau tanpa bantuan kerajaan atau organisasi.
personel accident insuranceinsurans kemalangan diriinsuransTiadaPerlindungan yang memberi faedah yang telah ditetapkan apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan anggota badan atau penglihatan.
ambient visual systemsistem visual ambienSains SukanBiomekanikSistem visual tahap primitif yang tidak melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dan mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran. Contohnya, tindakan mengelakkan diri daripada terkena bola yang ditendang semasa permainan bola sepak. Dari sudut kawalan motor, sistem visual ambien membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran kedudukan akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut.
12

Kembali ke atas