structural functionalism | fungsionalisme struktur | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki pelbagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Fahaman ini melihat masyarakat sebagai suatu sistem yang teratur dan stabil. Ia cenderung kepada pemeliharaan keseimbangan dan tidak menyukai perubahan secara besar-besaran. Sinonim faham kefungsistrukturan. |
colorimetric nanosensors | nanosensor kolorimetri | Fizik | Nanoteknologi | Sensor yang memberikan suatu petunjuk untuk analisis makroskopik dengan melihat perubahan warna. Contohnya, kertas yang disalut DNA nanozarah emas dapat digunakan untuk mengesan kehadiran plumbum dalam persekitaran, dengan cara menekan kertas tersebut pada dinding dan melihat perubahan warna. |
social class theory | teori kelas sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang melihat masyarakat sebagai berstrata yang dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ini dipopularkan oleh Hobbes, Locke, Rousseau, Weber dan Marx. Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Karl Marx mendapat perhatian yang serius. Marx melihat masyarakat industri terbahagi kepada dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan buruh. Kelas kapitalis memiliki alat pengeluaran seperti modal, kilang, jentera, sumber alam dan sebagainya, manakala golongan buruh hanya memiliki tenaga kerja yang diperlukan oleh kapitalis. Kapitalis mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan yang tertindas dan terpisah dengan alam sosialnya. Konflik menjadi unsur penting kepada perubahan masyarakat ini. Kesedaran kelas yang timbul di kalangan golongan pekerja akan mendorong berlakunya revolusi bagi menjatuhkan kelas atasan yang akhirnya akan memberi laluan kepada pembentukan negara komunis yang bersifat tanpa kelas. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
rainfall distribution | taburan hujan | Pertanian | Tiada | Corak hujan turun di sesuatu atau beberapa tempat dalam jangka waktu tertentu. Corak taburan hujan boleh diambil untuk beberapa bulan atau tahun untuk melihat trend turun naik jumlah bagi tujuan perancangan pertanian. Banyak teknik boleh digunakan untuk melihat taburan hujan sama ada secara grafik atau menggunakan kaedah komputer. |
microarray analysis | analisis mikrotatasusunan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mengenal pasti tahap pengekspresan gen dengan melihat status gen tersebut, sama ada terekspresi atau pun tidak. Pengekspresan gen adalah melalui pengekspresan mRNA yang dibezakan melalui perwakilan pewarna hijau dan merah. Kebiasaannya pewarna hijau mewakili sel sihat, sementara pewarna merah mewakili sel berpenyakit atau sel kanser. Pengimbas mikrotatasusunan digunakan untuk melihat corak pengekspresan gen tersebut. Corak tompok hijau mewakili pengekspresan gen sihat, tompok merah mewakili pengekspresan gen kanser dan tompok kuning mewakili kedua-dua hijau dan merah, iaitu berlakunya aktiviti penghibridan. Kawasan hitam pula merujuk kepada gen yang tidak terekspres. Lihat juga bioinformatik mikrotatasusunan. |
reductionism | reduksionisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berpegang kepada pemikiran yang memampatkan sesuatu pemikiran atau prosedur kepada keadaan yang lebih ringkas dan padat. Idea ini melihat sesuatu pemikiran itu sebenarnya mengandungi beberapa entiti idea yang lebih kecil bergabung bersama membentuk pemikiran tersebut. Pendukung fahaman ini memudahkan pemahamannya dengan melihat kepelbagaian secara simplistic iaitu memudahkan pemerhatian. |
outward-looking development policy | dasar pembangunan melihat keluar | Ekonomi | Tiada | Dasar pembangunan ekonomi yang menggalakkan perdagangan bebas, pergerakan bebas faktor-faktor pengeluaran, dan kemasukan pelaburan asing. |
metre | matra | Kesusasteraan | Puisi | Ukuran untuk melihat sesuatu pola atau corak yang sudah ditentukan pada suku kata yang mempunyai tekanan mahupun tidak, dalam rangkap sesebuah puisi. Kemunculan matra bertujuan untuk dilagukan. Ini dapat menjelaskan adanya unsur pertentangan antara suku kata yang panjang dengan suku kata yang pendek atau yang bemada rendah dengan yang bemada tinggi. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani. |