Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.pat] | مليڤت

Definisi : 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.pat] | مليڤت

Definisi : membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Kalau tuan pandai melipat,
     Lipatkan saya sekaki dulang;
Kalau tuan pandai mengikat,
     Uraikan saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
folding frequencyfrekuensi melipatFizikTiadaTiada
patahpatahKesenianTiadaProses membengkok atau melipat rotan atau buluh ketika hendak memulakan anyaman bahagian badan, setelah selesai menganyam bahagian tapak sesuatu anyaman.
glide kipkipSukanTiadaPosisi badan melipat yang diimbas ke posisi sokong, bagi acara palang tunggal, palang asimetrik, palang jajar dan gelang.
buckle folderpelipat geledingPerpustakaanTiadaMesin yang melipat helaian bercetak dengan melalukannya antara dua penggelek yang sentiasa berputar, yang satu diletakkan di bahagian atas daripada yang satu lagi sehingga tubir utama menyentuh bar hentian.
hemlinegaris kelepetKesenianTiadaGaris penanda untuk melipat kelepet dan lengan.
bar folderpelipat barKesenianTiadaAlat untuk melipat, melentur dan mengelim kepingan logam.
cornice brakebrek kornisKesenianTiadaMesin untuk membengkok, melipat atau membentuk kepingan logam.
double lengthwise foldlipat lungsin dubelKesenianTiadaKaedah melipat fabrik secara memanjang dengan kedua-dua tepi fabrik bertemu di garisan tengah fabrik.
partial lengthwise foldlipat lungsin separaKesenianTiadaKaedah melipat fabrik memanjang mengikut lebar yang dikehendaki.
book turn (pastry)lipatan buku (pastri)Pentadbiran PerniagaanTiadaLipatan seperti melipat buku untuk menghasilkan lapisan dalam pastri lapis.
123

Kembali ke atas