Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
liput
Kata Terbitan : meliputi, terliput,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
all-over patterncorak penuhKesenianTiadaCorak yang meliputi seluruh ruang lukisan.
all-over designreka bentuk penuhKesenianHiasan DalamanReka bentuk yang meliputi seluruh bahagian ruang. Bahan- bahan kemasan yang memenuhi ruang adalah sama, tanpa menampilkan sebarang hiasan yang berlainan atau terlalu menonjol.
budgetbelanjawanPengurusanPerancanganSuatu rancangan peruntukan kewangan yang disusun secara sistematik oleh pihak atasan pengurusan kewangan organisasi, yang meliputi seluruh aktiviti organisasi. Lazimnya, belanjawan dinyatakan dalam nilai kewangan dan berlaku untuk jangka waktu tertentu, sama ada bulanan atau tahunan yang akan datang. Belanjawan melibatkan peruntukan berdasarkan fungsi-fungsi jabatan dalam organisasi bagi mengurus aktiviti kewangan dengan baik, termasuk sumber-sumber pendapatan, aset dan hutang supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah yang optimum kepada organisasi.
coin collection insuranceinsurans koleksi syilingPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans yang diberikan kepada koleksi syiling berbentuk semua risiko dan meliputi seluruh dunia. Cara perlindungan ialah atas dasar keseluruhan atau berjadual.
altostratusaltostratusSainsHidrometeorologiGenus awan berbentuk bambangan atau lapisan yang agak kekelabuan atau kebiruan, rupanya berjalur, berserabut atau seragam dan meliputi seluruh atau sebahagian langit. Ada bahagian altostratus yang cukup nipis sehinggakan matahari kelihatan samar-samar, dan jika terdapat belahan dan carikan, bentuk dan taburannya tidak teratur.
personal effects floaterpengapung barang persendirianinsuransTiadaPolisi melindungi barang persendirian yang selalu dibawa oleh pelancong. Polisi boleh diunderait dalam bentuk semua risiko atau peril tertentu. Perlindungannya meliputi seluruh dunia tetapi tidak termasuk tempat kediaman insured.
tourist baggage floaterpengapung bagasi pelancongPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi melindungi barang persendirian yang selalu dibawa oleh pelancong. Polisi boleh diunderait dalam bentuk semua risiko atau peril tertentu. Perlindungannya meliputi seluruh dunia tetapi tidak termasuk tempat kediaman pihak yang diinsuranskan.
personal effects floaterpengapung barang persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi melindungi barang persendirian yang selalu dibawa oleh pelancong. Polisi boleh diunderait dalam bentuk semua risiko atau peril tertentu. Perlindungannya meliputi seluruh dunia tetapi tidak termasuk tempat kediaman pihak yang diinsuranskan.
Amnesty InternationalAmnesti AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarabangsa juga telah menerima hadiah Nobel pada tahun 1977 atas sumbangannya.
InternetInternetTeknologi MaklumatTiadaRangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Ia meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat(WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet(IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia(pada 2003). Sinonim antara rangkaian, Net Lihat juga ARPANET
12

Kembali ke atas