wheel tramp | lonjak roda | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pergerakan roda yang melompat-lompat di sepanjang paksi membujur dan menegak apabila roda berputar pada halaju tertentu, disebabkan oleh ketidakseimbangan pada roda atau penggunaan komponen gantungan yang terlalu lembut (cagak, sesendal atau spring yang lembut). |
arc | arka | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bunga api yang terhasil apabila arus elektrik melompat merentasi sela udara antara dua elektrod seperti dalam titik sentuh pada pengagih. |
crossfire | nyala silang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan akibat pusuan voltan tinggi dalam litar pencucuhan sekunder yang melompat ke kabel palam pencucuh bervoltan tinggi yang salah, menyebabkan palam pencucuh yang berlainan mengeluarkan bunga api. Nyala silang berlaku akibat kesilapan ketika memasang kabel palam pencucuh, penebat kabel yang rosak, merekah serta kerosakan pada tukup pengagih atau rotor pengagih. Nyala silang mengurangkan kuasa enjin kerana terdapat silinder enjin yang tidak mengalami proses pembakaran. |
bouncy castle | istana ambul | Umum | Tiada | Model besar boleh kembung, lazimnya berbentuk istana yang membolehkan kanak-kanak melompat-lompat dan bermain. |
trialsin | trialsin | Sukan | Lumba Basikal | Acara berbasikal BMX atau basikal bukit, yang penunggangnya memperlihatkan pelbagai gaya dan kebolehan, seperti melompat, berkayuh di atas batu, tangga tong, dan sebagainya. |
gross motor skills | kemahiran motor kasar | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran motor asas yang menjadi petunjuk kepada perkembangan biologi yang bersesuaian dengan umur kronologi. Kemahiran ini melibatkan pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, melonjak, membaling, memukul atau menangkap. Kemahiran ini melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai penggerak utama. Contohnya semasa aktiviti menendang bola, otot-otot besar di bahagian paha yang terlibat ialah kuadriseps dan hamstring. |
anticipatory stabilization | penstabilan antisipasi | Sains Sukan | Biomekanik | Penyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan. |
characteristic X-ray | sinar-X cirian | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinar-X yang terhasil apabila elektron-elektron luar mengisi kekosongan dalam orbit terdekat dengan nukleus sesuatu atom. Proses ini berlaku apabila elektron berhalaju tinggi dari luar atom sesuatu bahan sasaran menolak keluar elektron yang berada pada orbit terdekat dengan nukleus. Manakala elektron pada orbit luar akan melompat ke dalam untuk mengisi kekosongan tersebut. Tenaga yang terhasil akan menggambarkan unsur bahan sasaran yang digunakan. Sinar-X yang terhasil boleh digambarkan dengan menggunakan spektrum tenaga seperti rajah di bawah. Contoh sinar-X cirian digambarkan dengan dua puncak, Kα dan Kβ. |